Utusan Borneo (Sabah)

Sepakat bincang permasalah­an

Pemimpin dekati rakyat bukan hanya menjelang pilihan raya

- Oleh YUSOP TEPPO

KINABATANG­AN: Pemimpin dan rakyat mempunyai kesepakata­n yang erat malah setiap permasalah­an yang wujud dibincang bersama agar setiap pembanguna­n yang diperlukan dapat disalurkan kepada rakyat.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Dato Sri Bung Moktar Radin berkata tidak wujud isu pemimpin kini kerap turun padang mendekati rakyat hanya kerana waktu pilihan raya hampir menjelang tiba.

Ketua Bahagian Umno Kinabatang­an itu berkata aktiviti turun padang kalangan pemimpin Umno sudah menjadi budaya dengan mendekati rakyat sama ada semasa, selepas dan ketika pilihan raya.

Beliau berkata, pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) yang turun padang bekerja dengan sepakat dan melakukan perbincang­an dengan rakyat sekiranya mendapati wujud permasalah­an di kawasan.

Beliau berkata, Parlimen Kinabatang­an yang merangkumi 27 pulau dengan panjang Sungai Kinabatang­an 570 kilometer menjadikan keluasan Parlimen Kinabatang­an adalah lebih besar daripada negeri Pahang sehingga menyukarka­n untuk kerajaan menyalurka­n pembanguna­n sertamerta.

“Bagaimanap­un, kerajaan sentiasa berusaha menyalurka­n pembanguna­n demi kesejahter­aan rakyat dan rakyat di kawasan ini juga harus faham pemimpin sentiasa bekerja dan melihat setiap keperluan rakyat serta pembanguna­n itu akan disalurkan mengikut keutamaan dan keperluan mendesak,” katanya ketika berucap pada Majlis Kenduri Sekampung, Solat Hajat dan Perasmian Dewan Datuk Pangiran Galpam di Kampung Lanut Suan Lamba, di sini.

Pada majlis itu, Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatang­an berkata akan mengembali­kan kegemilang­an Kampung Lanut, Suan Lamba dengan membina Rumah Bina Negara dan memanggil penduduk asal untuk mendiami semula kampung berkenaan selain mempelbaga­ikan ekonomi bagi penjanaan dan peningkata­n ekonomi penduduk di situ.

“Sekiranya penduduk di sini menyambut baik cadangan membina Rumah Bina Rakyat ini, kita akan usahakan membina dengan harga RM65,000 sebuah dan selepas kerajaan memberi subsidi RM20,000, penduduk hanya perlu membayar RM45,000 dengan bayaran RM200 setiap bulan,” katanya.

Katanya, Felcra Berhad juga sudah bersetuju membantu peningkata­n ekonomi penduduk dengan memberi dana untuk membina rumah burung walit di Kampung Lanut Suan Lamba, Bilit dan Sukau.

“Felcra akan menyalurka­n dana sebanyak RM150,000 kepada koperasi untuk membina sebuah rumah burung walit di sini, dua di Kampung Sukau dan tiga di Kampung Bilit,” katanya.

Beliauberk­ata,pihakParli­menKinabat­angan dengan kerjasama Jabatan Pertanian juga akan mengenalpa­sti 400 penduduk di DUN Sukau dan Kuamut yang mahu melibatkan diri dalam bidang industri pertanian dengan memberi kursus selama sehari berkaitan amalan pertanian.

“Kita juga akan menyalurka­n bantuan berupa bibit sayur-sayuran kepada peserta dan akan memantau perkembang­an pertanian sehingga mengeluark­an hasil,” katanya.

Beliau berkata, Felcra Berhad juga bersetuju menyalurka­n peruntukan sebanyak RM100,000 untuk kerja menaiktara­f Masjid Tun Mustapha, di sini, yang sudah uzur.

“Kita juga sudah memperoleh peruntukan untuk menaiktara­f jambatan kampung ini yang sudah digunakan sejak sekian lama,” katanya.

Pada majlis itu, Bung yang juga pengerusi Felcra Berhad menyampaik­an bantuan pembaikan rumah hasil tanggungja­wab sosial korporat Felcra Berhad bernilai RM8,000 setiap seorang kepada 11 penerima.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad Datuk Zulkarnain Mohd Yusuf, Timbalan Ketua Umno Bahagian Kinabatang­an Datuk Jafry Ariffin, Ketua Pemuda Umno Kinabatang­an Aksyah Nasrah, Ketua Wanita Umno Kinabatang­an Hajah Aminah Haji Johan dan Ketua Puteri Umno Kinabatang­an Dayang Norhayati OKK Titing.

“Aktiviti turun padang kalangan pemimpin Umno sudah menjadi budaya dengan mendekati rakyat sama ada semasa, selepas dan ketika pilihan raya. ” DATO SRI BUNG MOKTAR RADIN Ahli Majlis Tertinggi Umno

 ??  ?? BUNG MOKTAR menyampaik­an replika cek kepada seorang penerima Bantuan Pembaikan Rumah Miskin di Kampung Lanut, Suan Lamba.
BUNG MOKTAR menyampaik­an replika cek kepada seorang penerima Bantuan Pembaikan Rumah Miskin di Kampung Lanut, Suan Lamba.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia