Utusan Borneo (Sabah)

Swasta berperanan bangunkan negara

- Oleh SALMAN ABADI

RANAU: Peranan pihak swasta sangat digalakkan untuk membantu pembanguna­n negara, negeri mahupun di kampung-kampung.

Ketua Pemuda Upko Nasional (KPN) Arthur Sen berkata ia boleh dilaksanak­an bagi membantu komuniti luar bandar sebagai tanggungja­wab sosial (CSR) yang mulia dan boleh dijelmakan dalam pelbagai bentuk sumbangan.

Beliau menyatakan demikian semasa mengadakan kunjungan bersama rombongan di Gereja SIB Kampung Bunakon di sini.

Perjalanan ke Kg Bunakon yang agak terpencil di pedalaman perlu menyeberan­gi jambatan gantung Sungai Liwagu sebelum berjalan kaki kira-kira satu jam melalui denai dengan jalan bersimen hasil sumbangan peruntukan dan keprihatin­an Ahli Parlimen Ranau Datuk Dr Ewon Ebin.

Terdahulu, Arthur meluangkan masa beramah mesra dengan penduduk Kg Bunakon termasuk kanak-kanak yang rata-ratanya ahli aktif sebagai jemaah Gereja SIB di kampung berkenaan. Kunjungan beliau disambut dengan doa kesyukuran komuniti Gereja SIB di kampung itu sebagai tanda terima kasih dengan sumbangan peribadi 50 kerusi untuk kemudahan dan keselesaan beribadah khususnya pada hujung minggu atau kebaktian hari Ahad.

Berucap pada acara ringkas Majlis Santai Bersama Jemaah SIB Bunakon itu, Arthur berkata rezeki adalah anugerah Tuhan, sementara manusia umat Tuhan digalakkan memberi mengikut kemampuan.

“Melihat pada gereja ini, kita tahu banyak lagi yang perlu disediakan demi keselesaan beribadah dan hari ini kita beri sumbangan 50 kerusi ini dan anda tidak perlu berterima kasih tetapi samasama kita bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan atas limpahan kurniaNya,” katanya.

Beliau turut memberi pencerahan minda dan suntikan moral khususnya para belia untuk terus belajar menimba ilmu kemudian berusaha lebih gigih meningkatk­an taraf ekonomi keluarga dan seterusnya masyarakat.

Sementara itu, Ketua Jemaah Gereja SIB Kg Bunakon Dekan Alex Paulus mewakili komuniti di kampung itu memanjatka­n kesyukuran dan terima kasih dengan sumbangan itu kerana dahulunya gereja itu berkerusik­an bambu kemudian ditukar dengan papan dan kini mereka ada kerusi.

 ??  ?? KETIBAAN Arthur (depan) disambut mesra para penduduk Kg Bunakon.
KETIBAAN Arthur (depan) disambut mesra para penduduk Kg Bunakon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia