Utusan Borneo (Sabah)

Institusi keagamaan wajar terima bantuan kerajaan

-

RANAU: Semua institusi keagamaan seperti masjid, gereja, tokong dan kuil wajar menerima bantuan daripada kerajaan bagi meningkatk­an pembanguna­n iman dan sahsiah yang lebih baik.

Ahli parlimen Ranau Datuk Dr Ewon Ebin berkata selaras dengan prinsip kerajaan yang mementingk­an keamanan serta keharmonia­n rakyat dan negara, maka sesuailah untuk memberikan bantuan kepada institusi keagamaan yang sememangny­a menjadi tempat untuk membentuk insan berdisipli­n, taat dan menegakkan keadilan.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis Ramah Mesra bersama ahli parlimen Ranau dengan pemimpin-pemimpin gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Kampung Muruk, kira-kira 20 kilometer dari pekan.

Pada majlis itu, pemimpin gereja yang diketuai oleh Ketua Majlis Gereja SIB Muruk Penatua Rizal Raphael memohon bantuan daripada kerajaan untuk membaiki dan membesarka­nbangunang­ereja serta pejabat pentadbira­nnya yang kini sudah uzur.

Menurut Rizal, bangunan gereja berkenaan telah dibina pada tahun 1994 lagi dan kini keadaannya telah uzur dengan atap yang bocor serta bangunan pejabatnya yang mengalami kerosakan pada dinding, lantai dan silingnya.

Selain itu, keluasan gereja berkenaan yang hanya boleh menampung lebih kurang 400 orang sahaja dalam satu ibadat sabda turut menjadi masalah terutama ketika merayakan Krismas di mana semua penduduk kampung itu yang berada di luar daerah akan pulang bercuti.

“80 peratus atau sejumlah 522 penduduk Kampung Muruk adalah penganut agama Kristian SIB dan jumlah ini sudah tidak dapat dimuatkan dalam bangunan gereja kami untuk merayakan satu ibadat sabda,” jelasnya.

Menurut beliau, Gereja SIB Muruk merupakan pusat pentadbira­n bagi 22 sidang Gereja SIB kawasan Paginatan yang dianggarka­n berjumlah lebih 5,000 orang umatnya.

“Dengan umat yang begitu ramai maka, kami mohon dan merayu supaya kerajaan membantu kami dengan memberikan peruntukan bagi membesarka­n dan membaiki bangunan gereja serta pejabat pentadbira­n ini,” katanya.

Sebagai respon, Ewon berjanji untuk menyampaik­an perkara itu kepada pihak atasan pengurusan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan berharap akan diberikan peruntukan khas sebagaiman­a yang telah diberikan kepada Gereja SIB Kampung Paus baru-baru ini.

Pada majlis itu, beliau telah meluluskan peruntukan sebanyak RM20 ribu bagi pembaikan dapur gereja dan membaiki pusat pembelajar­an kanak-kanak sekolah minggu gereja berkenaan.

Beliau juga meluluskan peruntukan sebanyak RM7,000 bagi membaiki jambatan gantung tempat laluan murid-murid kampung itu menuju ke Sekolah Kebangsaan Kananapon serta sebanyak RM9,000 untuk melicinkan program pemuda seperti pembelian komputer dan pemasangan kanopi.

Hadir sama pada majlis itu, Pegawai Khas Parlimen Japirin Sahadi, Ketua Pemuda Upko Nasional Arthur Sen dan Pengerusi JKKK Juis Konsuling.

 ??  ?? PARA pemimpin gereja merakamkan gambar kenangan bersama Ewon (tengah) di hadapan pintu masuk gereja.
PARA pemimpin gereja merakamkan gambar kenangan bersama Ewon (tengah) di hadapan pintu masuk gereja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia