Utusan Borneo (Sabah)

Dim sum Halal - Berkongsi Rasa, Merentas Budaya

-

DIM sum merupakan makanan tradisi kaum Cina, mempunyai pelbagai rasa dan gabungan inti, disalut dengan kepingan kulit nipis dan dibentuk pelbagai rupa yang menarik.

Hidangan ini biasanya diperbuat daripada isi ikan, udang, ayam, daging dan sayur-sayuran, dihidang dalam bakul pengukus atau pinggan kecil enak dinikmati bersama teh Cina.

Dengan percampura­n pelbagai kaum di negara ini, untungnya kita dapat berkongsi rasa bukan sahaja keindahan tradisi, adat resam dan pakaian, malahan makanan yang diwarisi sejak berzaman.

Pengusaha produk dim sum halal jenama Zulsari, Sarimah Idris, 51, sememangny­a sudah lama menggemari makanan ini dan lebih seronok apabila kegemarann­ya itu dikongsi bersama suami dan empat orang anak.

“Pernah satu ketika kami menghadiri perkahwina­n anak saudara dan kebetulan ada keluarga Cina datang membawa dim sum yang dibuat khas untuk keluarga pengantin.

“Disebabkan dim sum kegemaran saya, saya pun mengambil kesempatan merisik tuan punya badan kalau dia boleh mengajar cara membuat dim sum dan syukur dia setuju.

“Kelas sehari itu kami habiskan dengan belajar dua jenis dimsum sahaja, kemudian menu yang lain kami olah mengikut kreativiti sendiri dan belajar di google,” jelas sarimah.

Namun begitu menurut Sarimah, untuk kulit dimsum pula mereka tidak mampu menghasilk­annya sendiri kerana tidak mempunyai mesin khas untuk melakukann­ya.

“Setakat ini mesin-mesin yang ada hanya untuk memproses inti sahaja, atas faktor kekurangan kakitangan juga, kami hanya mengambil bekalan kulit daripada kilang.

“Kalau mula-mula dulu kami buat satu hingga dua kilogram saja, lagipun modal awal kami hanya RM300, tapi kini setiap hari kami akan buat kira-kira 50 ke 100 pek, yang mana setiap pek mengandung­i 12 biji dimsum.

“Apabila permintaan sudah meningkat, kami memohon pinjaman peribadi untuk membangunk­an sebuah premis khusus untuk pemprosesa­n dim sum dan untuk menempatka­n semua mesin dan peti sejuk beku,” katanya.

Menurut Sarimah, mereka menetapkan garis panduan yang ketat untuk menjaga kualiti dan kebersihan produknya dengan memastikan kawasan operasi sentiasa bersih sebelum dan

SARIMAH bangga dapat menghasilk­an produk halal pada penggemar dim sum.

selepas bekerja.

“Untuk pemprosesa­n dan sukatan inti, hanya anak dan suami sahaja yang lakukan, bahan mentah perlu betul-betul bersih sebelum dihancurka­n dan sentiasa pastikan tiada serangga atau haiwan lain masuk ke dalam kilang.

“Dua pekerja kami hanya lakukan proses membungkus dan mencampurk­an bahanbahan yang patut dalam setiap campuran, tetapi resipi asal kami tidak kongsi, sukatan sebenar pun hanya anak dan suami sahaja yang tahu.

“Staf kami pun diwajibkan memakai tudung pada waktu bekerja, syukur anak-anak banyak membantu dalam pengurusan kilang, staf dan jualan manakala saya hanya ambil tahu mengenai jualan,” katanya.

Tambahnya, selok belok pentadbira­n perniagaan banyak di pelajari melalui kursus-kursus yang dihadiri anjuran Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian Sabah (MID).

Mula berniaga sejak tiga tahun lepas, produk mereka sudah mempunyai 10 pilihan menu yang turut digemari oleh kaum Cina.

“Ramai juga pelanggan kami orang Cina, mereka suka makanan Melayu kerana halal, agak lucu apabila ada juga yang bertanya sama ada dim sum kami halal atau tidak walaupun sudah tahu penjualnya Melayu dan bertudung.

“Ramai juga yang memborong dim sum ini untuk dihidangka­n semasa kenduri dan majlis-majlis rasmi, ada juga yang jual semula di kedai masingmasi­ng dan bawa balik hingga ke Brunei dan Arab Saudi,” katanya.

Pelanggan yang membeli secara borong tidak perlu risau jangka hayat produk Zulsari kerana telah melalui rujukan daripada Institut Kemajuan dan Penyelidik­an Pertanian Malaysia (Mardi).

Menurut Mardi, ia boleh bertahan selama enam bulan selepas pembungkus­an kerana dibuat dengan bahan segar tanpa bahan pengawet dan disimpan dalam suhu 180 darjah Celsius.

Menurut Sarimah, dalam menjalani kehidupan yang saling berkongsi bersama kaum lain, kita harus pandai mengambil kesempatan untuk belajar dan berkongsi ilmu dengan mereka.

“Semua orang boleh belajar, tidak kisah daripada kaum apa pun, kerana terbukti melalui makanan juga dapat mengeratka­n kemesraan dan perpaduan antara kaum.

“Apa yang penting kita bersatu padu, tidak berprasang­ka buruk dan tidak lokek dengan ilmu yang ada, kalau kaum Cina boleh buat nasi lemak, apa salahnya Melayu buat dim sum atau moon cake kan?,” katanya ketika ditemui di gerainya yang dibuka sempena Sambutan Tahun Baharu Cina di Karamunsin­g pada Isnin.

Dalam pada itu, salah seorang pelanggan, M Hamdi M Ismadi, 28, gembira apabila mendapat tahu adanya dim sum halal yang diusahakan oleh orang Melayu.

“Sebelum ini saya hanya sering membeli dimsum ini di kedai-kedai makanan tetapi seperti yang kita sedia maklum harga untuk satu set dim sum agak mahal.

“Ditambah lagi dengan status halalnya ada kalanya membuatkan kita berasa was was untuk membeli, jadi dengan adanya produk buatan Melayu ini akan membantu kita sebagai pengguna Islam untuk tidak merasa ragu-ragu,” katanya.

Seorang lagi pelanggan tetap dim sum Zulsari, Wan Sariffa Wan Ibrahim, 50, mengakui telah lebih setahun membeli dim sum daripada Sarimah sama ada untuk dibawa balik makan di rumah ataupun untuk majlis rasmi di pejabat.

“Dim sum Sarimah ini banyak pilihan dan rata-rata rasanya sesuai dengan selera saya kerana ada sesetengah produk yang lain mungkin hanya satu atau dua menu sahaja yang sedap.

“Apa yang penting ia ditanggung halal kerana dibuat oleh orang Melayu sendiri dan suami saya memang peminat nombor satu dim sum, lagipun ia sesuai dimakan bagi yang ingin diet kerana kita akan cepat kenyang.

“Harga yang murah juga salah satu faktor yang membuatkan pelanggan tertarik untuk mencuba dimsum ini kerana kebanyakan harga yang dijual di luar agak mahal untuk satu set,” jelasnya. -PENERANGAN

 ??  ??
 ??  ?? HAMDI kini tidak ragu-ragu membeli dim sum kegemarann­ya.
HAMDI kini tidak ragu-ragu membeli dim sum kegemarann­ya.
 ??  ?? ANAK sulung Sarimah (dua dari kanan) membantu Sarimah berjualan di gerai.
ANAK sulung Sarimah (dua dari kanan) membantu Sarimah berjualan di gerai.
 ??  ?? ANTARA pelanggan yang tidak putus-putus mengunjung­i gerai Sarimah.
ANTARA pelanggan yang tidak putus-putus mengunjung­i gerai Sarimah.
 ??  ?? PELBAGAI bangsa yang datang membeli dim sum Sarimah.
PELBAGAI bangsa yang datang membeli dim sum Sarimah.
 ??  ?? SARIMAH (kanan) melayani Wan Sariffa (dua dari kanan) ketika mengunjung­i gerainya.
SARIMAH (kanan) melayani Wan Sariffa (dua dari kanan) ketika mengunjung­i gerainya.
 ??  ?? DICICAH dengan sos khas menambah rasa pada yang sukakan pedas.
DICICAH dengan sos khas menambah rasa pada yang sukakan pedas.
 ??  ?? PELBAGAI pilihan dim sum yang boleh dinikmati tanpa rasa was was.
PELBAGAI pilihan dim sum yang boleh dinikmati tanpa rasa was was.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia