Utusan Borneo (Sabah)

Kakitangan JPN tidak ‘duduk di pejabat’ sahaja

-

KUCHING: Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah menyangkal dakwaan bahawa kakitangan Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) Sarawak tidak turun padang atau ‘duduk di pejabat’ sahaja.

Menurut beliau, sebaliknya sehingga kini jabatan telah menjalanka­n pelbagai usaha termasuk program ‘outreach’ bersama masyarakat bagi memastikan masalah tiada dokumen pengenalan diri diselesaik­an.

“Jabatan telah melakukan operasi dan outreach terutama menyelesai­kan masalah peribumi yang tidak ada dokumen pengenalan diri.

“Sejak tahun 2015 hingga 2017, JPN Sarawak telah melaksanak­an sebanyak 158 program outreach di seluruh negeri dan mereka mempunyai cara atau modus operandi tersendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurn­akan Majlis Penutupan Program Wacana Bestari: Masalah Dokumen Pengenalan Diri di Bahagian Kuching dan Penyerahan Surat Kelulusan Permohonan Taraf Kewarganeg­araan di Bawah Perkara 15A di sini, baru-baru ini.

Tambah Fatimah, program ‘outreach’ berkenaan dibantu oleh wakil rakyat di kawasan masingmasi­ng selain daripada ketua masyarakat mereka.

Katanya daripada 158 program ‘outreach’ itu, pasukan petugas khas JPN Sarawak menerima 6,784 permohonan semasa acara diadakan.

“Daripada jumlah itu 4,554 telah diterima untuk diproses dan selebihnya tidak dapat diterima atas pelbagai sebab selepas ditemu duga jabatan,” tegasnya.

Selain itu beliau memberitah­u, di Sarawak Jawatankua­sa Khas Status Kewarganeg­araan di Bawah Perkara 15A peringkat negeri telah ditubuhkan pada 23 Ogos 2016.

Sejak penubuhan jawatankua­sa, sebanyak 297 permohonan taraf kewarganeg­araan telah dibentangk­an sejak November 2016 hingga Januari 2018.

“Pada 31 November 2017, kita telah menyampaik­an 46 surat kelulusan kepada pemohon di Dewan Bahasa dan Pustaka sementara pada 3 Februari lepas sebanyak empat surat kelulusan diserahkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

“Manakala hari ini sebanyak 42 surat kelulusan yang merangkumi pelbagai keturunan, umur dan bahagian di Sarawak diserahkan,” katanya.

 ??  ?? FATIMAH (tiga kiri) menyampaik­an sijil Surat Kelulusan Permohonan Taraf Kewarganeg­araan di Bawah Perkara 15A kepada penerima dan disaksikan Ranum (kiri), Harden (dua kiri), Rosey (tiga kanan), Jamilah (dua kanan) dan Jasni (kanan).
FATIMAH (tiga kiri) menyampaik­an sijil Surat Kelulusan Permohonan Taraf Kewarganeg­araan di Bawah Perkara 15A kepada penerima dan disaksikan Ranum (kiri), Harden (dua kiri), Rosey (tiga kanan), Jamilah (dua kanan) dan Jasni (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia