Utusan Borneo (Sabah)

Pakej 11 Pan Borneo dijangka siap sebelum Oktober 2020

-

MIRI:Projekpemb­inaanPakej 11 Lebuh Raya Pan Borneo yang bermula dari Pujut Link ke Sungai Tangap sudah siap sebanyak 50 peratus dan diyakini akan siap sepenuhnya sebelum 31 Oktober 2020.

Pengurus projek berkenaan Anup Kumar Sinha berkata, sehingga kini projek pembinaan pakej tersebut berjalan lancar tanpa sebarang masalah berbangkit.

“Ini kerana semua pihak sedar betapa pentingnya jalan raya ini disiapkan kerana ia bakal memberi manfaat besar kepada penduduk tempatan, bukan sahaja dari segi kemudahan tetapi juga aspek ekonomi.

“Justeru kami yakin pembinaan jalan bagi pakej ini akan dapat disiapkan sepenuhnya sebelum atau pada tarikh yang disasarkan iaitu 31 Oktober, 2020,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, baru-baru ini.

Terdahulu, Anup menyampaik­an buah tangan sempena Tahun Baharu Cina (TBC) mengandung­i makanan, air dan pelekat kereta mengenai kesedaran keselamata­n jalan raya untuk pengguna di sepanjang laluan Pakej 11 di Jalan Pintasan Pujut Link.

Menyertai beliau menjayakan program tersebut ialah para pengurus pembinaan projek Pakej 11 Bahagian Pujut Michael Ting, Ahmad Rashdi (Lambir) dan Ramlee Suboh (Bekenu).

Turut serta pada program kesedaran keselamata­n jalan raya itu Pengurus Wilayah (Utara) JKR Sarawak Hipani Alwi dan Pengurus JKR Daerah Miri Chong Chi Fam, wakil polis trafik dan Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan (DOSH).

Program tersebut diadakan di bawah Pelaksanaa­n Pengurusan Trafik dan Kempen Keselamata­n Jalan Raya Untuk Musim Cuti Tahun Baharu Cina 2018 Pan Borneo jajaran Pakej 11.

Menurut Anup lagi, pada masa ini Pakej 11 sudah mengatasi jadual pembinaann­ya kerana jalan sepanjang 97.983 kilometer dalamjajar­anitutidak­berdepan sebarang halangan, sekali gus melancarka­n pembinaann­ya.

“Pembinaana­kanditerus­kan untuk tiga bahagian lagi iaitu Beluru, Lambir dan Pujut.

“Sehingga kini, (pembinaan) projek ini amat lancar kerana penduduk setempat amat memerlukan jalan Pan Borneo disiapkan dengan cepat kerana ia menghubung­kan mereka dengan laluan ke bahagian lain di negeri ini melalui perjalanan yang semakin lancar dan jalan yang bertambah baik,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia