Utusan Borneo (Sabah)

PPA1M IKE Village kini dibuka untuk tempahan

Dibangunka­n di lokasi strategik di Kota Samarahan, bandar moden yang sedang berkembang pesat

-

KUCHING: Projek Perumahan Awam 1Malaysia untuk Penjawat Awam (PPA1M) di Kota Samarahan, yang dibangunka­n oleh syarikat Pemaju Perumahan terkemuka, Musyati Ibanco Property Sdn Bhd, kini telah dibuka untuk tempahan.

Dikeliling­i oleh dua institusi pengajian tinggi iaitu Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kota Samarahan serta Institut Tadbiran Awam Negara (Intan), IKE Village yang dijadual siap pada 2020 akan menempatka­n tiga blok pangsapuri, kawasan pelbagai guna, Klinik Rakyat 1Malaysia dan tadika. Ia akan disusuli dengan enam blok pangsapuri lagi (Fasa Dua dan Fasa Tiga), yang mana setiap pembeli akan diberikan surat hak milik berstatus kekal.

Terletak di lokasi strategik iaitu di bandar moden yang sedang berkembang pesat, hab pendidikan ini akan mempunyai kemudahan lain pada masa hadapan seperti terminal bas, kemudahan riadah seperti ‘sky park’, fasiliti renang dan kawasan komersial.

Bermatlama­t untuk membangunk­an projek perumahan mampu milik dan memberi peluang kepada penjawat awam di negeri Sarawak memiliki rumah sendiri, Musyati Ibanco memberikan keutamaan dalam pemilihan lokasi tapak, reka bentuk seni bina, dan juga bahan binaan bermutu tinggi.

Justeru, IKE Village adalah pilihan yang tepat dan merupakan ‘nilai untuk pelaburan wang anda’.

Setiap unit mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik mandi. Jenis A mempunyai keluasan 1,150 kaki persegi (sf), berharga RM297,850, Jenis B pula mempunyai keluasan 1,000 kaki persegi, berharga RM259,000, dan Jenis C berkeluasa­n 850 kaki persegi, berharga RM198,900.

Penjawat awam kerajaan negeri dan persekutua­n, pihak berkuasa tempatan, dan badan berkanun persekutua­n layak untuk membeli rumah PPA1M. Pesara kerajaan dan anak-anak mereka juga boleh membeli rumah PPA1M ini.

Penduduk di IKE-Village akan tinggal di kawasan perbandara­n baharu. Hartanah yang terletak di kawasan ini juga akan menikmati pelbagai manfaat selaras dengan pembanguna­n yang semakin pesat di kawasan sekitarnya apabila disiapkan pada masa akan datang.

Orang ramai boleh melawat jerayawara pemaju pada 24 dan 25 Februari ini dari jam 10.30 pagi hingga 9 malam di Pusat Beli-belah Boulevard (Kuching) dan Pusat Belibelah Star, Sibu (berdepan Marrybrown).

Mereka yang berminat untuk membeli unit pangsapuri ini boleh memohon dengan melayari http://www.ppa1m. gov.my.

Orang ramai juga boleh menghubung­i pegawai jualan pemaju di Kuching di talian 016-8771555 (Kong) atau 0168840021 (Hu) dan di Sibu iaitu 0111054221­1 (Cindy) atau 016-8884512 (Peter) untuk mendapat keterangan lanjut.

 ??  ?? (DARI tiga kiri) Pengurus Besar Musyati Ibanco Sdn Bhd Sdn Bhd John Lee, Pengarah Urusan Abdul Rahman, Pengarah Noor Shahrizean dan kakitangan melihat model IKE Village dan pembanguna­n masa depan di Kota Samarahan.
(DARI tiga kiri) Pengurus Besar Musyati Ibanco Sdn Bhd Sdn Bhd John Lee, Pengarah Urusan Abdul Rahman, Pengarah Noor Shahrizean dan kakitangan melihat model IKE Village dan pembanguna­n masa depan di Kota Samarahan.
 ??  ?? IMPRESI artis terhadap IKE Village yang dikhaskan untuk penjawat awam.
IMPRESI artis terhadap IKE Village yang dikhaskan untuk penjawat awam.
 ??  ?? IKE Village akan menjadi pembanguna­n yang serba lengkap.
IKE Village akan menjadi pembanguna­n yang serba lengkap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia