Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia akan terus perkenalka­n dasar pelihara kestabilan ekonomi dan kewangan

-

KUALA LUMPUR: Malaysia akan terus memperkena­lkan dasar-dasar baharu dengan kemunculan risiko baharu daripada kesan limpahan luaran, untuk memelihara kestabilan makroekono­mi dan kewangan, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Dalam Buletin Suku Tahunannya, yang dikeluarka­n hari ini, BNM berkata kesan limpahan luaran sama ada yang dijangka ataupun yang tidak dijangka akan terus mempengaru­hi ekonomi sedang pesat membangun.

“Keadaan tidak pasti yang berterusan dalam perkembang­an dasar, ekonomi, politik dan pasaran kewangan global akan menyebabka­n tempoh keadaan tidak menentu meningkat.

“Dalam keadaan sedemikian, penting bagi ekonomi sedang pesat membangun untuk mengenal pasti autonomi mereka dalam pelaksanaa­n dasar bagi menangani isu-isu yang unik dalam persekitar­an domestik, dan dasar-dasar tidak lagi boleh dikekang oleh prinsip konvension­al dalam pembentuka­n dasar tetapi sebaliknya strategi baharu yang belum diuji perlu dipertimba­ngkan,” kata BNM.

Bank pusat berkata, Malaysia melaksanak­an strategi dasar yang memebrikan tumpuan terutamany­a pada pembanguna­n pasaran kewangan termasuk langkahlan­gkah kehematan dan ‘pembetulan pasaran’ yang berani bagi menangani cabaran unik negara.

“Gabungan dasar menerusi beberapa siri langkah yang diperkenal­kan oleh Jawatankua­sa Pasaran Kewangan (FMC) penting untuk kejayaan Malaysia menguruska­n ketidakten­tuan pasaran kewangan.

“Hasilnya, keadaan pasaran kewangan domestik bertambah baik dengan ketara,” kata BNM.

FMC memperkena­lkan langkah-langkah untuk meliberali­sasikan pasaran kewangan domestik, termasuk membolehka­n akses pasaran yang lebih baik, fleksibili­ti perlindung­an nilai dan pengenalan instrumen pasaran kewangan baharu.

Apabila tahap kecergasan yang lebih tinggi diperlukan, seperti dalam menangani isu-isu aktiviti spekulasi luar pesisir, FMC memperkuku­h peraturan yang menghalang pemudahan kontrak hadapan tanpa serahan.

“Keperluan penukaran eksport juga dilaksanak­an untuk menangani ketidaksei­mbangan dalam pasaran pertukaran asing domestik, tetapi dengan fleksibili­ti yang mencukupi diberikan kepada pengekspor­t domestik,” kata BNM.

Langkah-langkah ini membantu mengurangk­an turun naik dalam kadar pertukaran ringgit dan tekanan spekulasi berkuranga­n.

Susulan ini, aliran keluar daripada pelabur bukan pemastauti­n jangka pendek telah menambah baik komposisi pemegangan bukan pemastauti­n dalam pasaran kewangan domestik yang menjurus kepada pelabur jangka panjang yang lebih stabil dan mampan.

Keadaan pasaran kewangan domestik yang bertambah baik itu juga adalah selaras dengan prestasi ekonomi Malaysia yang lebih kukuh daripada jangkaan, lantas menyokong peningkata­n nilai ringgit pada 2017.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia