Utusan Borneo (Sabah)

M’sia dan Ukraine akan pertingkat dagangan dua hala

-

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Ukraine merancang untuk merangsang aktiviti promosi perdaganga­n dalam usaha meningkatk­an perdaganga­n dua hala antara keduadua negara, kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE), Datuk Wan Latiff Wan Musa.

Beliau berkata, MATRADE akan memanfaatk­an keadaan politik yang semakin baik di Ukraine, salah satu negara terbesar di Eropah Timur dengan penduduk 42.41 juta pada 2017.

“Kita perlu melihat semula hubungan perdaganga­n kita dengan Ukraine kerana jumlah dagangan dua hala kita masih rendah, berikutan syarikat Malaysia tidak biasa dengan syarikat Ukraine dan begitu juga sebaliknya.

“Oleh itu, pada masa depan, kita perlu lebih banyak melibatkan diri dengan mereka. Kita mahu menggalakk­an syarikat Malaysia pergi ke sana ,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual.

MATRADE dan Kedutaan Ukraine di Malaysia barubaru ini menganjurk­an Forum Perniagaan Ukraine-Malaysia, yang menyaksika­n penyertaan 19 syarikat Ukraine.

Satu sesi mesyuarat perniagaan dengan syarikat Malaysia juga diadakan sempena forum sehari tersebut.

Wan Latiff berkata, MATRADE merancang untuk mengadakan misi perdaganga­n, terdiri daripada syarikat Malaysia dan agensi kerajaan yang berkaitan ke Ukraine tidak lama lagi, dengan matlamat mewujudkan kesedaran di kalangan syarikat Ukraine mengenai peluang perniagaan di Malaysia dan sebaliknya.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia