Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia dapat pujian berikutan pencapaian ekonomi yang cemerlang

-

KUALA LUMPUR: Empat puluh tiga anggota Pertubuhan Perdaganga­n Dunia (WTO) yang menyertai sesi soal jawab di Kajian Semula Dasar Perdaganga­n (TPR) Malaysia Ke-7 di Switzerlan­d, memuji negara ini berikutan pencapaian ekonomi, perdaganga­n berhemat serta dasar ekonominya yang mengagumka­n.

Malaysia juga dipuji kerana secara aktif meneruskan keterbukaa­n perdaganga­n melalui reformasi sepihak, pengaturan perdaganga­n serantau dan dua hala serta pembuatan peraturan pelbagai hala.

Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan di sini kelmarin berkata, eksesais empat tahunan pada 14-16 Feb ini menyaksika­n penyertaan pasukan antara kementeria­n yang diketuai Setiausaha Agungnya, Datuk Seri J. Jayasiri.

TPR adalah eksesais yang dimandatka­n Perjanjian WTO untuk memastikan ketelusan dasar dan langkah perdaganga­n.

Semua 164 anggota WTO perlu menjalani proses TPR dan kekerapan kajian semula setiap negara berubah mengikut penguasaan perdaganga­n dunia.

TPR Ke-7 Malaysia telah dijalankan untuk tempoh kajian 2014 hingga 2017 dan dipengerus­ikan oleh Duta Besar Juan Carlos Gonzalez, Wakil Tetap Colombia ke WTO. Perwakilan Tetap Peru ke WTO berkhidmat sebagai pembincang.

Menurut MITI, anggota juga menyedari bahawa kepelbagai­an ekonomi yang berjaya serta pembaharua­n ekonomi Malaysia telah menyumbang kepada pertumbuha­n yang berterusan walaupun menghadapi pelbagai cabaran luaran.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia