Utusan Borneo (Sabah)

Usahawan muda dibantu YPU, SME Corp untuk majukan perniagaan

-

DUNGUN: Aliff Jaya Trading & Services, syarikat pengeluar keropok lekor yang beroperasi di pusat inkubator industri desa dekat Pulau Serai di sini yakin perniagaan­nya akan bertambah maju dengan bantuan dan bimbingan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan di Terengganu.

Pemiliknya, Mohd Alif Shazwan Harun berkata, kilang kecil yang mula beroperasi lebih setahun lalu kini mampu menjana jualan RM100,000 setahun.

“Saya yakin jualan itu mampu ditingkatk­an kepada lebih RM350,000 setahun selepas memperoleh­i status halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan sijil skim Makanan Selamat Tanggungja­wab Industri daripada Kementeria­n Kesihatan.

“Saya banyak dibantu Yayasan Pembanguna­n Usahawan (YPU) Terengganu yangmenyed­iakantapak­kilang ini dan baru saja mendapat berita gembira apabila SME Corporatio­n Malaysia (SME Corp) Terengganu bersetuju memberi bantuan geran untuk membeli mesin pemprosesa­n yang lebih canggih untuk meningkatk­an produktivi­ti kilang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas lawatan oleh Pengarah SME Corp Terengganu, Muhammad Ibrahim di sini baru-baru ini.

Kilang yang mempunyai 17 pekerja itu berjaya menghasilk­an lima perisa keropok lekor iaitu perisa asli, lada hitam, tandoori, kari dan keju.

Bekas graduan Kolej Universiti TATI itu berkata, keunikan produk syarikatny­a ialah mereka hanya menggunaka­n garam bukit, keju mozarella tanpa sebarang tambahan MSG.

“Kami berjaya memasarkan keropok lekor sejuk beku ini ke beberapa pasar raya sekitar Terengganu­danmenggun­akan kaedah pemasaran ejen di Sungai Petani, Kedah serta Kuala Lumpur.

“Alhamdulli­llah kerana perniagaan yang baru ‘merangkak’ ini sentiasa mendapat bimbingan YPU dan SME Corp Terengganu yang sentiasa memantau prestasi syarikat kami,” katanya yang memulakan perniagaan itu dengan modal rakan kongsi sebanyak RM600,000.

Sementara itu, Muhammad berkata, pihaknya sentiasa proaktif dalam memastikan PKS lebih berinovasi dan mengadapta­si kepada perubahan pasaran bagi memastikan kewujudan, pertumbuha­n dan kekal berdaya saing.

“Kita sentiasa memantau perkembang­an syarikat ini dan melihat produk yang dihasilkan mempunyai potensi untuk dipasarkan.

“Syarikat perlu lebih aktif meluaskan jaringan serta kerjasama dengan pelbagai pihak, termasuk institusi penyelidik­an dan universiti bagi meningkatk­an lagi kualiti produk.-Bernama

 ??  ?? PEMILIK Aliff Jaya Trading & Services Mohd Alif Shazwan Harun menunjukka­n antara produk keropok lekor hasil keluaran syarikatny­a di Pulau Serai.
PEMILIK Aliff Jaya Trading & Services Mohd Alif Shazwan Harun menunjukka­n antara produk keropok lekor hasil keluaran syarikatny­a di Pulau Serai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia