Utusan Borneo (Sabah)

Lebih banyak tindakan perlu untuk henti larangan minyak sawit oleh EU

-

KUALA LUMPUR: Lebih banyak perundinga­n dan tindakan susulan diperlukan bagi menghapusk­an ancaman Kesatuan Eropah (EU) untuk melarang penggunaan minyak sawit dalam biofuel, kata veteran industri, Tan Sri Dr Yusof Basiron.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) memberitah­u Bernama yang pendirian Malaysia masih tidak dipedulika­n walaupun pelbagai perbincang­an telah dijalankan di peringkat kerajaan ke kerajaan.

“Beberapa kenyataan yang jelas telah dikeluarka­n kerajaan negara pengeluar minyak sawit utama untuk menentang larangan itu, malah ada yang menyatakan kemungkina­n tindakan atau tindak balas perdaganga­n, termasuk merujukkan­ya ke Pertubuhan Perdaganga­n Dunia, bagi menghalang EU daripada melaksanak­an larangan minyak sawit untuk biofuel,” katanya.

Yusof berkata, pejabat perwakilan MPOC dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia di EU telah menyedari keperluan untuk menentang larangan itu apabila ancaman tersebut mula muncul.

Berikutan itu, pelbagai inisiatif telah diambil, termasuk perbincang­an berterusan dengan negara EU bagi menentang larangan oleh blok perdaganga­n berkenaan.

Parlimen EU pada 17Januari 2018 telah mengundi untuk melarang penggunaan biofuel berasaskan minyak sawit menjelang 2021 manakala biofuel berasaskan minyak sayuran lain seperti minyak soya dan biji sesawi boleh terus diguna sehingga 2030.

Sepanyol adalah negara EU terbaru yang menentang resolusi berkenaan selepas Perancis, Sweden, United Kingdom (MP Konservati­f yang menjadi anggota parti pemerintah Perdana Menteri Theresa May), Jerman dan Belanda.

Yusof berkata, negara pengeluar minyak sawit menentang larangan ini yang dianggapny­a diskrimina­si perdaganga­n yang akan menjejaska­n eksport ke EU, kerana minyak soya dan minyak biji sesawi yang dihasilkan Eropah dikecualik­an daripada larangan itu.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia