Utusan Borneo (Sabah)

Wayang pacak imbau nostalgia era 1970-80an

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Penduduk Kampung Sinarut Baru di sini teruja apabila berpeluang merasai kemeriahan menonton wayang secara percuma menerusi wayang pacak.

Bagi generasi yang membesar pada era 1970-an dan awal 1980-an, kemunculan semula wayang pacak sememangny­a mengimbau nostalgia indah lebih 30 tahun yang lalu.

PengerusiJ­KKKSinarut­Baru Walter James Tan, 50, berkata peluang menonton semula wayang pacak mengimbas betapa meriahnya suasana ketika buat pertama kali layar putih Jabatan Penerangan terpacak di padang Kg Sinarut Baru pada tahun 1978.

“Masih segar dalam ingatan, sementara menunggu wayang pacak bermula, saya bersama rakan sebaya yang lain seronok bermain dan berkejarke­jaran.

“Saya jarang dapat peluang menonton televisyen pada ketika itu kerana kebanyakan rumah di Kg Sinarut Baru belum mempunyai peti televisyen.

“Seingat saya, kalau adapun peluang untuk menonton televisyen, hanya pada setiap hari Jumaat dan Sabtu sahaja,” katanya.

Manakala bagi Giwol Solumbi, 53, sekitar 1970an, wayang pacak menjadi hiburan yang sangat popular namun kini sudah hampir tidak kelihatan lagi kerana kecanggiha­n teknologi.

“Kemunculan semula wayang pacak di era teknologi canggih pada masa kini tetap kekal relevan kerana ia mempunyai sejarah dan nilainya yang tersendiri,” katanya.

Program anjuran bersama Jabatan Penerangan Ranau, UPPM DUN Paginatan dan JKKK Sinarut Baru di dewan mini kampung itu dihadiri lebih 100 penduduk.

Turut menonton sama pada malam itu ialah PPM Paginatan Georgina George dan Pegawai Penerangan Ranau Sylvia Sumping.

Sementara itu, Georgina dalam ucapan ringkasnya berkata kemunculan semula wayang pacak merupakan landasan terbaik mengeratka­n hubungan antara masyarakat berbilang kaum.

“Dengan ada program seumpama ini, penduduk kampung serta masyarakat sekitar dapat duduk bersama sambil beramah mesra tanpa mengira peringkat umur dan ideologi politik,” katanya.

Menurutnya, generasi muda hari ini perlu tahu sejarah kewujudan wayang pacak di negara ini selain merasai sendiri kemeriahan­nya ketika menonton dalam satu kelompok yang besar.

“Pada era 70-an liputan siaran televisyen RTM hitam putih masih belum meluas sehingga ke kawasan pedalaman di negara ini termasuk Sabah dan Sarawak.

“Pada ketika itulah, kerajaan menerusi Jabatan Penerangan telah memperkena­lkan wayang pacak sebagai salah satu alat sebaran am informasi kerajaan kepada rakyat,” jelasnya.

 ??  ?? GEORGINA (kanan) berucap pada program itu.
GEORGINA (kanan) berucap pada program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia