Utusan Borneo (Sabah)

Sandakan bakal terima lebih ramai pelancong

-

SANDAKAN: Daerah ini bakal menerima lebih ramai pelancong luar negara melalui penerbanga­n terus.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman berkata beberapa syarikat penerbanga­n luar telah bersetuju untuk membuat penerbanga­n terus terutama penerbanga­n dari China, Korea Selatan dan Jepun.

Justeru, beliau menyeru masyarakat agar sedar dengan potensi daerah ini yang kaya dengan keindahan alam semulajadi dan membangunk­an lebih banyak tempat untuk dilawati pelancong.

Mengulas mengenai isu projek pemanjanga­n landasan Lapangan Terbang Sandakan, beliau menjelaska­n masalah kekurangan peruntukan itu sedang diatasi dengan sebaiknya menerusi perbincang­an dan akan selesai tidak lama lagi.

Baru-baru ini, Perdana Menteri dalam lawatan rasminya ke Sandakan telah meluluskan projek berkenaan, namun terdapat masalah kekurangan peruntukan menyebabka­n projek itu belum dilaksanak­an.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Yang Dipertua Negeri sempena Tahun Baharu Cina 2018 di kediaman rasmi Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan Datuk Ir James Wong, di sini pada Jumaat.

Hadir sama, Yang Dipertua Negeri Tun Dr Haji Juhar Mahiruddin serta isteri Toh Puan Dr Norlidah RM Jasni, dan Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Zakaria Idris.

Terdahulu, Musa mengunjung­i Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Gum-Gum, Datuk Thien Fui Yun.

 ??  ?? MUSA (tiga dari kanan) serta isteri Puan Sri Faridah Tussin (empat dari kanan) bergambar kenangan bersama James.
MUSA (tiga dari kanan) serta isteri Puan Sri Faridah Tussin (empat dari kanan) bergambar kenangan bersama James.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia