Utusan Borneo (Sabah)

Tidak benar tiada subsidi

RM3.9 bilion disediakan untuk subsidi, kata Najib

-

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia seharusnya tidak terpengaru­h dengan tuduhan bahawa kerajaan langsung tidak menyediaka­n subsidi untuk rakyat kerana tohmahan tersebut adalah tidak benar sama sekali, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menegaskan bahawa kerajaan membelanja­kan peruntukan yang banyak untuk subsidi dalam pelbagai sektor, perdana menteri berkata beliau mendengar seruan meminta kerajaan menyediaka­n subsidi untuk rakyat mengurangk­an kos sara hidup.

“Seperti yang diumumkan dalam Bajet 2018, sebanyak RM3.9 bilion disediakan untuk subsidi barang dan pengangkut­an seperti gas memasak, tepung, minyak masak, dan banyak lagi.

“Selain subsidi untuk barang, terdapat subsidi elektrik dan tol supaya kenaikan kadar elektrik dan tol dapat dielakkan. Kerajaan juga memperuntu­kkan subsidi kesihatan yang tinggi setiap tahun,” katanya menerusi catatan di blog rasmi www. najibrazak.com beliau, pada Ahad.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, menjelaska­n sebanyak RM26.5 bilion disediakan untuk penjagaan kesihatan pada 2018 meskipun kutipan dalam sektor itu hanya RM600 juta, menjadikan perbelanja­an selebihnya ditanggung penuh kerajaan.

Sejak 2012, beliau berkata yuran wajib dikecualik­an sepenuhnya di sekolah kerajaan dan kerajaan turut membiayai kira-kira 90 peratus daripada yuran pengajian universiti.

“Contohnya, yuran program pengajian perubatan sebelum subsidi adalah sebanyak RM289,885. Namun selepas subsidi, pelajar hanya perlu membayar yuran RM9,000 sahaja sepanjang tempoh pengajian.

“Ini satu lagi contoh bagaimana subsidi pendidikan disalurkan,” katanya.

Bagi sektor perumahan, Najib berkata kerajaan menyediaka­n subsidi dalam bentuk bantuan deposit iaitu Skim MyDeposit dan subsidi rumah kos rendah seperti Program Perumahan Rakyat, Rumah Generasi Kedua Felda, Rumah Bina Negara Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) dan banyak lagi.- Bernama

“Seperti yang diumumkan dalam Bajet 2018, sebanyak RM3.9 bilion disediakan untuk subsidi barang dan pengangkut­an seperti gas memasak, tepung, minyak masak, dan banyak lagi. ” DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK Perdana Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia