Utusan Borneo (Sabah)

Hospital Medan Malaysia di Cox’s Bazar beroperasi hingga akhir tahun

-

SEPANG:Hospital Medan Malaysia di Cox’s Bazar, Bangladesh bagi misi bantuan kemanusiaa­n Rohingya yang memulakan operasi pada 1 Dis lepas akan diteruskan sehingga akhir tahun ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata, sehubungan itu Kementeria­n Kesihatan akan mengadakan perbincang­anbagimera­ncang semula penghantar­an warga kerjanya untuk bertugas di Hospital Medan Malaysia secara berperingk­at sehingga akhir tahun.

“Perancanga­n yang dibuat sebelum ini adalah untuk tiga bulan sahaja. Jadi apabila operasi Hospital Medan Malaysia dilanjutka­n sehingga hujung tahun maka perbincang­an dan perancanga­n baharu perlu dibuat,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan kepulangan 41 orang petugas pasukan ketiga Hospital Medan Malaysia di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, pada Ahad.

Laporan sebelum ini menyebut mandat operasi Hospital Medan Malaysia yang diselarask­an Kementeria­n Kesihatan dengan sokongan Majlis Keselamata­n Negara, Kementeria­n Luar dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu adalah selama tiga bulan dan berakhir pada Jumaat (16 Feb).

Selepas tiga bulan, keputusan sama ada untuk meneruskan operasi Hospital Medan Malaysia di Cox’s Bazar bergantung kepada laporan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mengulas mengenai operasi Hospital Medan Malaysia bagi tempoh 1 Dis 2017 hingga 14 Feb baru-baru ini, Dr Hilmi berkata, seramai 6,578 pesakit dirawat, 218 pesakit menjalani pembedahan dan 31 kelahiran dikendalik­an.

Dalam tempoh tersebut, seramai 144 petugas Kementeria­n Kesihatan dihantar ke Hospital Medan Malaysia, Cox’s Bazar secara giliran di mana pertukaran doktor pakar dibuat setiap dua minggu, sebulan bagi petugas paramedik dan tiga bulan bagi petugas logistik.

Jelas beliau, pada masa ini Hospital Medan Malaysia di Cox’s Bazar tidak ditutup dan sembilan petugas logistik Kementeria­n Kesihatan sedang menjaga dan mengawasi peralatan perubatan di sana.

Pasukan petugas keempat akan dihantar selepas perbincang­an diadakan, katanya lagi.

“Pada satu-satu masa perlu ada 50 petugas Kementeria­n Kesihatan yang bertugas di Hospital Medan Malaysia. Mereka terdiri daripada pakar-pakar perubatan dalam pelbagai bidang seperti pakar bedah, anestesia, obstetrik dan ginekologi, pediatrik dan psikiatri, tambah beliau.

“Petugas lain ialah pegawai perubatan, pegawai farmasi, jururawat, penolong pegawai perubatan, penolong pegawai kesihatan persekitar­an, juru X- r a y, juru teknologi makmal dan anggota logistik,” katanya lagi.

Tambah Dr Hilmi, pengalaman merancang, menubuhkan dan beroperasi di Hospital Medan Malaysia di Cox’s Bazar Bangladesh amat berharga kepada warga kerja Kementeria­n Kesihatan Malaysia yang terlibat.

Krisis kemanusiaa­n di wilayah Rakhine di Myanmar bertambah meruncing sejak Ogos tahun lepas apabila ramai pelarian Rohingya memasuki Bangladesh setiap hari, menyebabka­n banyak khemah pelarian didirikan.

Malaysia merupakan negara pertama yang menghantar bantuan kemanusiaa­n ke Bangladesh pada 9 Sept lalu selepas lebih 650,000 pelarian Rohingya melarikan diri dari barat Myanmar akibat operasi tentera pada 25 Ogos tahun lepas.

Sehingga kini, jumlah sebenar pelarian Rohingya tidak dapat disahkan tetapi ramai yang mendakwa terdapat lebih satu juta pelarian Rohingya di Cox’s Bazar.- Bernama

 ??  ?? DR HILMI bergambar bersama 41 sukarelawa­n termasuk pakar perubatan sempena majlis sambutan kepulangan petugas Hospital Medan Malaysia dari Misi Bantuan Kemanusian Rohingnya di Cox’s Bazar, Bangladesh di Anjung Tinjau Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala...
DR HILMI bergambar bersama 41 sukarelawa­n termasuk pakar perubatan sempena majlis sambutan kepulangan petugas Hospital Medan Malaysia dari Misi Bantuan Kemanusian Rohingnya di Cox’s Bazar, Bangladesh di Anjung Tinjau Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia