Utusan Borneo (Sabah)

Ahmad Zahid umum sumbangan RM2 juta kepada Tabung Amanah Warisan Polis

-

BAGAN DATUK:Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Ahad mengumumka­n sumbangan sebanyak RM2 juta untuk dana Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP).

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata jumlah tersebut menjadikan dana terkumpul sehingga kini sebanyak RM5 juta.

“Selain daripada itu, saya memberikan tanggungja­wab kepada Datuk Seri Zulkifli, atas usaha konvoi ini, cari lagi RM5 juta lagi supaya TAWF ini ada RM10 juta untuk program-program polis di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program santai makan tengah hari bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) Bagan Datuk dan Hilir Perak di Balai Polis Hutan Melintang di sini, pada Ahad.

Turut hadir Pengarah Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam Bukit Aman Datuk Sri Zulkifli Abdullah dan Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan.

Pada 15 Jan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumka­n sumbangan dana sebanyak RM3 juta kepada TAWP bagi tujuan kebajikan pesara-pesara polis ketika perjumpaan dengan pesara polis di Kuala Lumpur.

Dalam ucapannya itu, Ahmad Zahid turut menyeru semua pihak memberikan sumbangan kepada TA W P bagi menghargai jasa pesara pegawai dan anggota polis sepanjang perkhidmat­an mereka.

“Keamanan itu tidak datang dari langit, ia datang kerana tugas yang cekap daripada pihak polis dan ia memerlukan kerjasama daripada orang ramai,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk, berkata selaku daerah baharu, Bagan Datuk diperuntuk­kan sebuah ibu pejabat polis daerah (IPD) yang akan menyaksika­n 280 perjawatan baharu anggota dan pegawai polis untuk ditempatka­n di IPD tersebut.

Katanya sebanyak RM138 juta telah diperuntuk­kan bagi membina IPD Bagan Datuk yang baharu itu dan dijangka siap menjelang 2020.

“Apabila Bagan Datuk telah dinaik taraf kepada daerah, Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan memberitah­u saya bahawa ada pertambaha­n jawatan yang telah diberi dan diluluskan Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia