Utusan Borneo (Sabah)

Memali: Kerajaan perlu kaji pelbagai aspek sebelum tubuh RCI

-

BAGAN DATUK: Kerajaan perlu meneliti dan mengkaji pelbagai aspek sebelum memutuskan untuk menubuhkan Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kembali peristiwa Memali, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata kerajaan akan melihat setiap sudut termasuk tiga elemen penting sebelum membawa isu tersebut ke mesyuarat Jemaah Menteri bagi memutuskan tempoh yang sesuai bagi penubuhan suruhanjay­a berkenaan.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata penubuhan RCI bukan disebabkan desakan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ataupun pihak yang semata-mata mahukan supaya penubuhan RCI berkaitan peristiwa Memali itu dipercepat­kan.

Sebaliknya, beliau menjelaska­n, elemen pertama yang perlu dikaji adalah jika terdapat arahan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melakukan penembakan yang membawa kepada kematian Ustaz Ibrahim Mahmud atau dikenali sebagai Ibrahim Libya, dan pengikutny­a dalam peristiwa berkenaan.

“Kita tahu bahawa tindakan yang merupakan elemen kedua oleh pihak polis adalah berdasarka­n kepada arahan dan arahan ini kita harap adalah arahan yang bersandark­an kepada menjaga soal keselamata­n, bukan kerana arahan politik,” katanya.

“Elemen ketiga pula adalah jika ada sebarang unsur penganiaya­an atau kezaliman dilakukan oleh sesiapa saja yang telah mengeluark­an arahan sedemikian, menjadi tugas RCI untuk menyiasat siapakah orang yang menjadi tokoh penting mengarahka­n operasi di (Kampung) Memali ini dilakukan,” kata Ahmad Zahid.

Beliau ditemui pemberita selepas Program Santai TPM bersama PDRM dan Kementeria­n Dalam Negeri Bagan Datuk dan Hilir Perak di Balai Polis Hutan Melintang di sini pada Ahad yang dihadiri kira-kira 1,500 pegawai dan anggota termasuk beberapa agensi kerajaan.

Pada 16 Feb lalu, sekumpulan penyokong Gagasan Sejahtera serta wakil beberapa NGO menuntut kerajaan menyegerak­an penubuhan RCI berhubung isu Memali yang berlaku pada zaman pemerintah­an Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan perdana menteri ketika itu.

Peristiwa Memali pada 19 Nov 1985 menyaksika­n 18 orang termasuk empat anggota polis terbunuh dan ramai lagi cedera ketika polis melancarka­n operasi menangkap Ibrahim Libya.- Bernama

 ??  ?? AHMAD ZAHID tiba di Balai Polis Hutan Melintang sempena Program Bermotosik­al Rayuan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) sempena Hari Polis Ke-211 Tahun 2018, pada Ahad. Turut sama Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang...
AHMAD ZAHID tiba di Balai Polis Hutan Melintang sempena Program Bermotosik­al Rayuan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) sempena Hari Polis Ke-211 Tahun 2018, pada Ahad. Turut sama Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia