Utusan Borneo (Sabah)

Pengguna perlu merancang sebelum memohon pinjaman kewangan

-

KUALA LUMPUR: Selain merujuk dan berunding dengan Jabatan Insolvensi serta Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit untuk menyelesai­kan masalah kewangan, mereka yang terlibat dalam kes muflis boleh merujuk Persatuan Penyelesai­an Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM).

Presiden 4PM Rosland Mohd Arif berkata persatuan itu boleh memberi khidmat nasihat kepada peminjam dan mengatur urusan kewangan termasuk berunding dengan pemiutang bagi menyelesai­kan masalah hutang berkaitan.

Menyifatka­n kes kebankrapa­n melibatkan sewa-beli, kad kredit, pinjaman peribadi dan pinjaman perumahan dalam kalangan rakyat Malaysia membimbang­kan, beliau berkata 4PM berjaya menyelesai­kan beberapa kes hutang kad kredit, hutang pembiayaan rumah dan pelbagai kes lain melibatkan pinjaman kewangan.

Merujuk statistik Jabatan Insolvensi bahawa 294,000 rakyat Malaysia menjadi muflis akibat pinjaman kewangan pada tahun lepas, Rosland berkata ini menunjukka­n pengguna tidak merancang dan mengukur kemampuan kewangan mereka sebelum membuat pinjaman.

Sejumlah 70 peratus daripada kes kebankrapa­n itu membabitka­n mereka yang berumur 35 hingga 45 tahun dan dianggarka­n kira-kira 18,000 hingga 20,000 individu diisytihar­kan bankrap dalam masa setahun.

“Sebagai contoh, pengguna akan cepat terpedaya dengan tawaran permohonan kad kredit oleh pihak bank dan memohon terlalu banyak kad kredit daripada pelbagai bank yang akhirnya memberi kemudarata­n kepada diri sendiri kerana tidak mampu membayar balik hutang kad kredit,” katanya kepada Bernama, pada Ahad.

Beliau berkata bagi kes melibatkan pinjaman perumahan dan hartanah, anggota 4PM yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang itu dapat membantu peminjam untuk melupuskan harta mereka dalam menyelesai­kan hutang tertunggak

“Pelupusan harta adalah jalan penyelesai­an yang terbaik kerana sekiranya peminjam tidak mampu untuk menanggung hutang aset atau harta mereka,” katanya.

Selain itu, Rosland berkata pihak bank dan institusi kewangan seharusnya tidak memberi tekanan kepada peminjam yang lewat membuat bayaran balik hutang kerana mereka mungkin menghadapi masalah seperti kenaikan kos sara hidup, penguranga­n gaji atau kehilangan kerja.

Ditubuhkan pada Julai 2013, 4PM adalah sebuah badan bukan kerajaan yang membantu peminjam menghadapi kes muflis, rumah dilelong akibat kegagalan membayar balik hutang, masalah pembiayaan kenderaan dan kenderaan ditarik serta pinjaman peribadi.

Orang ramai yang memerlukan bantuan 4PM boleh menghubung­i Presiden 4PM Rosland Mohd Arif di talian 019-2531000 atau talian hotline 1-700-818-707 atau datang ke pejabat 4PM di Suite 8.01, Tingkat 8, Menara Binjai, No.2 Jalan Binjai, Kuala Lumpur atau di No. 2.92, Tingkat 1, Wisma Central, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia