Utusan Borneo (Sabah)

Larian Satu Ikrar Sejuta Harapan dapat sambutan

Guiannus, Pabian, Kona dan Eyeliah ungguli kategori masing-masing

- Oleh SALMAN ABADI

RANAU: Program Larian Satu Ikrar Sejuta Harapan yang julung kali diadakan di sini mendapat sambutan yang amat menggalakk­an.

Penyelaras program, Emit Mandadi berkata program itu bertujuan memberi pengetahua­n dan pendedahan kepada orang ramai tentang kaedah rawatan melalui transplant­asi organ.

Selain itu, ia juga bermatlama­t meningkatk­an kesedaran masyarakat untuk tampil mendaftar sebagai pengikrar pendermaan organ, di samping menyeru masyarakat umum supaya sentiasa aktif dalam bidang sukan.

Katanya, program seumpamany­a juga diharap dapat menjalin hubungan erat antara anggota kesihatan dan para peserta ke arah penyampaia­n perkhidmat­an kesihatan yang berkualiti dan cemerlang.

“Pendermaan organ adalah proses mendermaka­n sebahagian tubuh badan seseorang untuk transplant­asi yang melibatkan organ dan tisu yang berfungsi daripada penderma yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia kepada pesakit yang mengalami kegagalan akhir organ.

“Ia terbukti dapat menyelamat­kan nyawa dan dari sudut pandangan agama pula, semua agama di Malaysia membenarka­n pendermaan organ ini dan ia dianggap pengorbana­n dan amalan yang sangat mulia,” ujar Emit Mandadi.

Empat kategori dipertand- ingkan sempena program itu untuk jarak larian 6.5 kilometer iaitu veteran lelaki, terbuka lelaki, veteran wanita dan wanita terbuka.

Pemenang bagi veteran lelaki, johan ialah Guianus Salagan dengan catatan masa 25.06 minit, naib johan Suhaipin Sharin (27.44minit) dan ketiga Duanis (28.58 minit).

Lelaki terbuka pula johan dimenangi oleh Pabian (23.56minit), naib johan Alzikri (24.08 minit) dan ketiga Sapirin Sumping.

Bagi kategori wanita veteran, johan dimenangi oleh Kona Liau, manakala naib johan dan ketiga masingmasi­ng dimenangi Fariza Sumping dan Muidah.

Eyeliah Rubidi muncul johan bagi kategori wanita terbuka, meletakkan Marlin Hing William dan Mailin Salungin di tempat kedua dan ketiga.

Dalam pada itu, Emit merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada semua penyumbang yang terlibat menjayakan larian tersebut iaitu semua unit wad Hospital Ranau, Datuk Ewon Ebin, Datuk Masidi Manjun dan Datuk Joachim Gunsalam.

Turut terlibat menyumbang ialah Ketua Pemuda Upko Nasional Arthur Sen yang juga Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Ranau (ALPHR), Petronas Kilimu, Milimewah Sdn. Bhd, Micro 21, Perabot Liang Sdn. Bhd, Syn Cheong Tak, Ranau 4X4 Acc Kiaburi, Kedai Buku Ranau, Jamal Ali dan beberapa peniaga gerai/pasar Ranau.

Penyumbang lain yang turut membantu menjayakan larian itu ialah Hap Seng Wholesale Mart Sdn. Bhd, Solid Furniture, Kedai Galaxy, Misompuru Stationary, Habrin Enterprise, Kedai Besi Wah Guan, Komegah Sdn. Bhd, Sedafiat, Kedai Sport Centre, Kedai Emas Sing Sang Fah, Royal Company, Restoran Baby Tea, Kedai Kien Hong, Autotec Tyre Centre, Sabindo Supermaket dan juga Ranau Colour Inkjet.

 ??  ?? ARTHUR menunjukka­n kad ikrar sebagai penderma organ.
ARTHUR menunjukka­n kad ikrar sebagai penderma organ.
 ??  ?? ARTHUR diiringi Emit memalu gong sebagai simbok pelancaran Larian Satu Ikrar Sejuta Harapan.
ARTHUR diiringi Emit memalu gong sebagai simbok pelancaran Larian Satu Ikrar Sejuta Harapan.
 ??  ?? EMIT (empat kanan) menyerahka­n poster penghargaa­n ‘Saya Sudah Berikrar’ kepada Arthur.
EMIT (empat kanan) menyerahka­n poster penghargaa­n ‘Saya Sudah Berikrar’ kepada Arthur.
 ??  ?? ARTHUR (kanan) menyampaik­an hadiah johan veteran lelaki kepada Guainus Salagan.
ARTHUR (kanan) menyampaik­an hadiah johan veteran lelaki kepada Guainus Salagan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia