Utusan Borneo (Sabah)

Manchester United ke suku akhir Piala FA

Masalah VAR tidak halang Lukaku jaringkan dua gol benam Huddersfie­ld

- JOSE MOURINHO Pengurus United

LONDON, England: Perdebatan mengenai kualiti pengadil bantuan video dibangkitk­an sekali lagi ketika dua gol Romelu Lukaku memastikan Manchester United melangkah ke peringkat suku akhir Piala FA Inggeris dengan menewaskan Huddersfie­ld 2-0 walaupun satu kontrovers­i keputusan pengadil terhadap United Sabtu lepas.

Juan Mata memikirkan beliau telah meletakkan United 2-0 di hadapan sebelum rehat tetapi gol beliau dibatalkan oleh pengadil video selepas satu penangguha­n agak panjang dan tanpa bukti jelas, pengadil dalam padang melakukan satu keputusan yang salah.

Nasib bagaimanap­un menyebelah­i United dan juga pihak berkuasa di mana keputusan itu tidak memberikan sebarang pengaruh apabila Lukaku menjaringk­an gol kedua.

“Jika mereka mempunyai VAR (video bantuan pengadil) untuk membuat keputusan betul, saya fikir pengadil akan berasa gembira dengan sistem ini,” kata pengurus United, Jose Mourinho.

“Tetapi jika VAR mengubah keputusan betul menjadi salah, saya fikir mereka tidak berasa gembira.”

United beraksi tanpa Paul Pogba kerana tidak sihat ketika

beberapa minggu hambar untuk pemain antarabang­sa Perancis itu berterusan selepas prestasi menurun dengan mendadak yang menyaksika­n beliau dikeluarka­n dari padang ketika kekalahan di Tottenham Hotspur dan Newcastle

United.

Mourinho melakukan enam pertukaran dari skuad yang tewas di Newcastle minggu lepas tetapi keputusan mengekalka­n Lukaku membuahkan hasil apabila penyerang antarabang­sa Belgium itu membuka jaringan seawal minit ketiga dari umpanan Mata.

Mata kemudian menjaringk­an satu gol seminit sebelum rehat tetapi selepas satu penilaian agak lama dengan sistem VAR, pengadil

tidak membenarka­n gol itu kerana didakwa ofsaid walaupun keputusan beliau jauh dari kedudukan ofsaid.

“Saya tidak kisah terutama sekali apabila ia sanjelas gat (tidak ofsaid),” kata Mata. “Saya berharap keputusan dibuat dengan segera tetapi saya fikir ia juga bagus untuk bola sepak menjadi lebih adil.”

United merungut pada masa rehat tetapi kekecewaan itu dipadamkan segera apabila Lukaku berganding­an cantik dengan Alexis Sanchez sebelum menewaskan penjaga gol Jonas Lossl untuk gol kedua perlawanan.

Pada perlawanan lain, West Brom melengkapk­an minggu buruk mereka apabila tersingkir dari Piala FA selepas tewas 1-2 kepada Southampto­n di tempat sendiri.

Pengurus West Brom, Alan Pardew, menurunkan Jonny Evans dan Gareth Barry dalam kesebelasa­n utama walaupun dua pemain berpengala­man itu adalah antara empat pemain yang disiasat polis kerana mencuri sebuah teksi semasa sesi latihan di Barcelona.

“Ada satu masalah dari segi pemilihan kerana apa yang berlaku (di Barcelona) tetapi saya perlu menurunkan skuad terkuat,” kata Pardew.

“Saya membuat keputusan untuk melakukann­ya. Saya merasakan saya perlu membuat sedikit kenyataan mengenai apa yang berlaku. Saya tidak gembira dengan apa yang mereka lakukan dan saya menjadikan Gareth (McAuley) sebagai kapten hari ini.”

Wesley Hoedt membuka jaringan untuk Southampto­n pada minit ke-11 sebelum Dusan Tadic menambah jaringan dari satu serangan pantas selepas rehat.

Salomon Rondon merapatkan kedudukan buat West Brom tetapi Southampto­n berjaya bertahan sehingga ke wisel penamat.

Pada perlawanan lain, Brighton tidak menghadapi masalah menewaskan kelab divisyen empat, Coventry City 3-1 sementara Sheffield Wednesday dan Swansea City seri tanpa jaringan.

Jika mereka mempunyai VAR (video bantuan pengadil) untuk membuat keputusan betul, saya fikir pengadil akan berasa gembira dengan sistem ini.

 ??  ?? LUKAKU meraikan jaringan pembukaann­ya menentang Huddersfie­ld. -Gambar AFP MATA menewaskan penjaga gawang Huddersfie­ld untuk menjaringk­an gol yang dibatalkan oleh pengadil video (VAR). -Gambar AFP
LUKAKU meraikan jaringan pembukaann­ya menentang Huddersfie­ld. -Gambar AFP MATA menewaskan penjaga gawang Huddersfie­ld untuk menjaringk­an gol yang dibatalkan oleh pengadil video (VAR). -Gambar AFP
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia