Utusan Borneo (Sabah)

Antonio Banderas jadi Picasso dalam filem baharu

- Oleh Laurence Thomann

SEPERTI ia telah ditulis dalam bintang bahawa suatu hari nanti, bintang Sepanyol, Antonio Banderas, yang pernah berjalan ke sekolah setiap pagi melintasi rumah zaman kanak-kanak Pablo Picassso, perlu berlakon sebagai pelukis unggul itu.

Selama bertahun-tahun, anak Malaga kedua paling terkenal itu telah menolak tawaran untuk berlakon sebagai anak Malaga paling hebat, kerana menyedari dia “akan dilihat dengan kanta pembesar”.

Tetapi akhirnya Banderas berkata ya - dua kali.

Dia membawa watak Picasso dalam satu siri televisyen 10 bahagian mengenai kehidupan artis itu yang bergolak menurut olahan pengarah tersohor Hollywood, Ron Howard, dan dalam sebuah filem mengenai masa 33 hari yang dia habiskan untuk melukis adikarya anti-perangnya ‘Guernica’ yang ditulis oleh legenda Sepanyol, Carlos Saura.

“Filem adalah sangat bagus untuk peristiwa,” kata Banderas, “tetapi bagi kehidupan seseorang, TV selama 10 jam merupakan saluran yang sangat menarik.”

Walaupun demikian, dengan seseorang seperti Picasso “tidak kira betapa bagusnya kita melakukann­ya, kita akan berdepan dengan kritikan”, kata pelakon berusia 57 tahun itu kepada AFP dari set penggambar­an siri baharu ‘Genius Picasso’.

“Ia adalah sama bagi Picasso,” tegas Banderas. “Dia tahu ketika dia melukis ‘Les Demoiselle­s d’Avignon’ orang akan cuba membunuhny­a kerana itu sebab ia tidak dilihat sebagai sesuatu yang betul ketika itu.”

Picasso menyelubun­gi zaman kanak-kanak Banderas dengan bayangbaya­ng yang besar di Malaga, pelabuhan Andalusia di mana mereka dilahirkan hanya empat lebuh daripada satu sama lain.

- Paloma: ‘Anda bercakap seperti bapa saya’ “Dia

seorang hero. Saya ingat ibu saya memegang tangan saya dan membawa saya ke sekolah pada waktu pagi melintasi rumahnya di Plaza de la Merced,” kata pelakon itu, yang tanpa rambutnya hampir sama dari segi fizikal dengan artis itu.

Satu lagi buah fikiran turut menyenangk­an hati Banderas.

Dia pernah berjumpa dengan anak perempuan Picasso, Paloma, ketika Banderas pertama kali tiba di Los Angeles dan tidak begitu fasih bercakap dalam bahasa Inggeris.

“Saya mula bercakap dalam bahasa Sepanyol dengannya” dan selepas seketika “dia menutup matanya dan saya fikir, ‘Oh Tuhanku, saya membosanka­n wanita ini’.

“Lalu saya bertanya kepadanya sama ada dia letih atau tidak, dan dia berkata, ‘Tidak, tidak sama sekali. Apabila saya menutup mata saya, saya dapat melihat bapa saya, kerana anda bercakap dengan loghat sama sepertinya. Begitulah cara bapa saya bercakap, dia bercakap seperti anda.”

“Saya tidak dapat membanding­kan diri dengan artis paling penting pada abad ke-20, ia pasti bodoh dan tidak masuk akal,” kata Banderas, yang membawa watak artis itu pada hujung kehidupann­ya, dan menghabisk­an masa selama lima jam sehari memakai mekap sebelum dia melangkah ke set penggambar­an.

Daripada biopik tipikal, siri untuk National Geographic itu - yang sebahagian­nya dibuat di Budapest - “sebenarnya sejenis lukisan ‘cubist’ dirinya”, katanya.

“Kita berulang-alik dalam kehidupann­ya secara berterusan. Ia bermula dengan serangan bom ke atas Guernica”, bandar Basque yang diratakan oleh pesawat pengebom Mussolini dan Hotler sewaktu Perang Saudara Sepanyol pada 1937.

- Membaca di antara garisan “Naratif

itu tidak linear, sesuatu yang sangat bagus, saya rasa,” kata Banderas, yang mencipta nama dalam filem arahan Pedro Almodovar seperti ‘Women on the Verge of a Nervous Breakdown’ sebelum dia pergi ke Hollywood.

Dia berkata cabaran terbesarny­a bukan mekap tetapi cuba “memahami Picasso”, pilihan politik dan artistik yang dia buat serta hubunganny­a dengan wanita dalam kehidu-pannya.

“Kita perlu sentiasa membaca di antara garisan untuk cuba me-mahami apa kebenarann­ya,” ujar Banderas.

Selain membaca biografi pelukis itu, pelakon itu bercakap dengan cucunya diterbitka­n pada Mac lalu.

Minat mendalam Banderas kepada pelukis itu turut menyaksika­nnya terus memberikan kepercayaa­n selama lebih enam tahun dengan filem Saura yang sudah lama ditangguhk­an ‘Guernica 33 Days’, yang menggambar­kan ciptaannya bagi lukisan hebat Picasso berlatarbe­lakangkan hubunganny­a yang hangat dengan Dora Maar.

“Ia sama sekali berbeza dengan apa yang kita buat di sini, ia diabadikan kepada ‘Guernica’, renunganny­a yang hebat mengenai keganasan dan perang saudara. Carlos Saura mahu lari daripada realisme dan membuat sesuatu yang secara harfiah adalah satu lukisan. Saya berminat dengan perkara itu dan saya mungkin tetap akan membuatnya.” — AFP

 ??  ??
 ??  ?? Olivier Widmaier, penulis buku ‘Picasso: An Intimate Portrait’ yang
Olivier Widmaier, penulis buku ‘Picasso: An Intimate Portrait’ yang
 ??  ?? ‘LELAKI KULIT PUTIH TOLKIEN’: Dalam gambar fail yang diambil pada 8 Februari 2018 ini adalah aktor British Andy Serkis semasa tiba untuk tayangan perdana Eropah filem ‘Black Panther’ di London. Kepelbagaa­in yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam ‘Black Panther’ Marvel telah mencetuska­n lawak di media sosial menggambar­kan pelakon kaukasiann­ya, keduaduany­a alumni filem Peter Jackson ‘The Hobbit’, sebagai “lelaki kulit putih Tolkien”. Walaupun sumbangan Serkis dan Martin Freeman, hampir keseluruha­n barisan pelakon filem ke-18 dalam Marvel Cinematic Universe itu menampilka­n pelakon berkulit hitam. — Gambar AFP
‘LELAKI KULIT PUTIH TOLKIEN’: Dalam gambar fail yang diambil pada 8 Februari 2018 ini adalah aktor British Andy Serkis semasa tiba untuk tayangan perdana Eropah filem ‘Black Panther’ di London. Kepelbagaa­in yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam ‘Black Panther’ Marvel telah mencetuska­n lawak di media sosial menggambar­kan pelakon kaukasiann­ya, keduaduany­a alumni filem Peter Jackson ‘The Hobbit’, sebagai “lelaki kulit putih Tolkien”. Walaupun sumbangan Serkis dan Martin Freeman, hampir keseluruha­n barisan pelakon filem ke-18 dalam Marvel Cinematic Universe itu menampilka­n pelakon berkulit hitam. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia