Utusan Borneo (Sabah)

Serahkan pemilihan calon kepada pengerusi BN

Serah pemilihan calon kepada pengerusi BN

-

KOTA BELUD: Pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) perlu fokus pada persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan menyerahka­n pemilihan calon kepada pengerusi BN.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Panglima Dr Salleh Tun Said Keruak berkata, apa yang perlu dilaksanak­an ketika ini ialah memperkuku­h lagi jentera parti dan memberi sokongan sepenuhnya kepada calon yang dipilih bagi memastikan kemenangan besar pada PRU14.

“Kita tidak boleh mengamalka­n satu kaedah seolah-olah kita lebih penting daripada parti kerana sesiapa yang dipilih oleh parti, kita harus memberi sokongan padu.

“Prinsip dalam sistem berparti yang bersaing

“Pada saya, yang lebih penting adalah memberi penekanan kepada kekuatan kerana kekuatan parti bukan kekuatan calon, jadi sesiapa sahaja yang dipilih oleh pucuk ” pemimpin, kita harus sokong calon itu DATUK SERI PANGLIMA DR SALLEH TUN SAID KERUAK Menteri Komunikasi dan Multimedia

adalah parti, jadi parti yang mendapat kerusi yang banyak akan dipilih untuk mengetuai barisan pemerintah negara.

“Pada saya, yang lebih penting adalah memberi penekanan kepada kekuatan kerana kekuatan parti bukan kekuatan calon, jadi sesiapa sahaja yang dipilih oleh pucuk pemimpin, kita harus sokong calon itu,” jelasnya.

Ditanya sama ada beliau akan bertanding pada PRU nanti, Salleh menyerahka­nnya kepada pucuk pimpinan BN untuk menentukan.

“Terserah kepada parti, jika mereka mahu saya bertanding dan di mana kawasan saya bertanding terserah kepada parti.

“Itu bukanlah hak saya, hak itu adalah hak parti dan inilah amalan yang harus ada pada kita kalau kita ingin menentukan kekuatan parti itu pada pilihan raya umum yang akan datang,” katanya.

Beliau yang ditemani isteri Datuk Raya Erom ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Kapitan Cina Kota Belud Datuk Andy Chua di Kampung Tombol, di sini.

 ??  ?? SALLEH (kanan) dan Raya (kiri) bergambar kenangan bersama Andy (dua dari kanan) dan isterinya Sukinah (tengah).
SALLEH (kanan) dan Raya (kiri) bergambar kenangan bersama Andy (dua dari kanan) dan isterinya Sukinah (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia