Utusan Borneo (Sabah)

Rumah terbuka Tahun Baharu Cina kukuhkan perpaduan

Musa kunjungi majlis Tahun Baharu Cina Parlimen Sandakan

- Oleh YUSOP TEPPO

TRADISI rumah terbuka sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang dikunjungi pelbagai suku kaum dan agama memperkuku­hkan perpaduan dan perasaan muhibah dikalangan rakyat di Sabah.

Ketua Menteri Tan

Sri Musa Haji Aman berkata kesatuan dan kesepakata­n rakyat adalah petanda penting dalam membangunk­an negeri ini dan negara.

“Tetamu yang hadir pada rumah terbuka terdiri daripada pelbagai suku kaum dan agama yang mana, mendatangk­an perasaan kekitaan dan muhibah antara satu sama lain.

“Faktor kesatuan dan kesepakata­n rakyat ini penting kepada usaha kerajaan membangunk­an ekonomi negeri ini,” katanya selepas berkunjung ke Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Barisan Nasional Parlimen Sandakan pada Ahad.

Beliau turut meluangkan masa mengunjung­i beberapa rumah terbuka Tahun Baharu Cina di daerah ini, antaranya anjuran Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Negeri Sabah Tan Sri Andrew Liew, Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Timbalan Presiden PBS Datuk Thien Fui Yun.

Turut berkunjung ke rumah terbuka itu adalah Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Musa berkata beliau gembira berkunjung ke rumah terbuka sempena perayaan Tahun Baharu Cina kerana melihat tetamu yang hadir adalah terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Katanya, ia melambangk­an perpaduan kaum yang kukuh dalam kalangan rakyat di Sabah.

Sementara itu, Andrew berkata kehadiran pemimpin dan rakyat di majlis rumah terbuka seperti itu memperliha­tkan perpaduan semua kaum yang berbilang agama di negeri ini.

“Kita (rakyat) perlu bersyukur kerana kita samasama merayakan perayaan bersama Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin serta Toh Puan dan Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman serta isteri,” katanya.

Beliau berkata kunjungan para pemimpin Kabinet Sabah dan pemimpin politik ke majlis rumah terbuka merupakan penyeri sambutan perayaan berkenaan.

Tetamu yang hadir pada rumah terbuka terdiri daripada pelbagai suku kaum dan agama yang mana, mendatangk­an perasaan kekitaan dan muhibah antara satu sama lain.Faktor kesatuan dan kesepakata­n rakyat ini penting kepada usaha ini.” kerajaan membangunk­an ekonomi negeri TAN SRI MUSA HAJI AMAN Ketua Menteri

 ??  ??
 ??  ?? MUSA bersama para pemimpin PBS di Sandakan.
MUSA bersama para pemimpin PBS di Sandakan.
 ??  ?? MUSA serta isteri bersama pemimpin BN Sandakan pada majlis rumah terbuka BN Sandakan.
MUSA serta isteri bersama pemimpin BN Sandakan pada majlis rumah terbuka BN Sandakan.
 ??  ?? MUSA bersalaman dengan Juhar pada majlis rumah terbuka Andrew.
MUSA bersalaman dengan Juhar pada majlis rumah terbuka Andrew.
 ??  ?? ANDREW bersama Musa, Juhar serta para pemimpin yang hadir.
ANDREW bersama Musa, Juhar serta para pemimpin yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia