Utusan Borneo (Sabah)

Perintah berkurung di Esszone dilanjut hingga 6 Mac

-

KOTA KINABALU: Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang berakhir 6 petang Ahad dilanjutka­n sehingga 6 Mac, kata Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din (gambar).

Ramli berkata mereka yang tinggal di kawasan itu diminta berada di dalam rumah dan tidak dibenarkan memasuki kawasan perairan tersebut antara jam 6 petang hingga 6 pagi keesokanny­a sepanjang tempoh berkenaan.

Beliau berkata perintah berkurung itu meliputi kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatang­an, Sandakan dan Beluran.

“Perintah berkurung diteruskan bagi memastikan kawasan perairan itu tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamata­n para penyelidik antarabang­sa yang menjalanka­n penyelidik­an dan pelancong asing yang melawat pulau peranginan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Ramli berkata pelanjutan tempoh perintah berkurung itu juga bertujuan menjamin keselamata­n dan kesejahter­aan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan serta rakyat negeri ini yang berada di kawasan daratan Esszone.

Beliau berkata berdasarka­n maklumat, kumpulan militan Abu Sayyaf dan mereka yang menjalanka­n kegiatan menculik untuk mendapatka­n wang tebusan dari selatan Filipina masih cuba menceroboh bagi melakukan penculikan dan jenayah rentas sempadan.

Menurutnya, perintah berkurung itu juga bagi memudahkan penguatkua­saan dan pemantauan terhadap pergerakan bot serta menimbulka­n rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran kapal anggota keselamata­n di kawasan mereka.

“Saya juga memberi kuasa kepada semua ketua polis daerah di kawasan terbabit untuk mengeluark­an permit kepada pemohon yang layak bagi tujuan aktiviti perikanan atau ada keperluan mendesak untuk melalui kawasan perintah berkurung,” katanya. - Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia