Utusan Borneo (Sabah)

Sambutan Tahun Baharu Cina di pedalaman sederhana tapi meriah

- Oleh JOHAN AZIZ

kaum Tionghua di Pedalaman Atas menyambut Tahun Baharu Cina secara sederhana namun meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan rakanrakan terdiri pelbagai kaum dan agama.

Suasana kemeriahan sudah terasa sepuluh hari sebelum berlangsun­gnya perayaan itu dengan pelbagai program dan acara menarik seperti lawatan ke kedaikedai oleh para pemimpin Barisan Nasional (BN) dan pembangkan­g, Pesta Tahun Baharu Cina, bazar dan pertanding­an nyanyian anjuran Dewan Perniagaan Tionghua, pertubuhan masyarakat kaum Tionghua, Jawatankua­sa Kemasyarak­atan Dalam Bandar (JKDB) dan pemilik pusat perniagaan di Keningau dan Tenom.

Antara kemeriahan yang dapat dirasai ialah persembaha­n tarian singa, unikon dan naga di pekan dan majlis rumah terbuka.

Kebanyakan mereka yang menyambut perayaan itu pada malam 15 Februari hanya mengadakan majlis makan malam keluarga sama ada di rumah, restoran atau hotel.

Masyarakat Cina turut menyifatka­n Tahun Anjing dapat memberikan tuah dan rezeki jika berusaha gigih bagi meningkatk­an ekonomi dan taraf hidup masingmasi­ng.

Keluarga Teo Min Ti dan isteri Fung Thau Yung tetap meneruskan amalan tradisi rumah terbuka di kediaman mereka di Tenom pada hari pertama perayaan.

Keluarga ini tidak melupakan ahli keluarga, saudara mara dan rakanrakan untuk bersama-sama menikmati suasana perayaan Tahun Baharu Cina malah menyifatka­n majlis rumah terbuka dapat merapatkan lagi hubungan kekeluarga­an dengan lebih mesra selain menjalinka­n perasaan dengan rakan-rakan yang terdiri pelbagai kaum dan agama yang datang ke majlis itu.

Bagi anak lelaki Teo, Leonard menyifatka­n majlis rumah terbuka dapat mengeratka­n tali kekeluarga­an dan setiakawan kepada saudara mara dan rakan-rakan yang terpisah jauh atas komitmen tugas dan perniagaan.

“Kami sekeluarga menjemput semua rakan dan saudara mara untuk bersamasam­a merayakan Tahun Baharu Cina sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih atas hubungan kekeluarga­an yang terus mesra dan akrab selain persahabat­an yang berkekalan,” katanya.

Pada majlis itu, pengunjung menikmati pelbagai juadah yang disediakan oleh tuan rumah untuk menjamu selera dan bagi kanak-kanak dan mereka yang masih bujang, memang inilah saat yang ditunggu-tunggu untuk mendapatka­n angpau.

Leonard yang juga Naib Ketua MCA Keningau berkata, tarian singa juga menghangat­kan suasana majlis rumah terbuka yang menjadi tradisi kepada masyarakat itu menyambut Tahun Baharu Cina sebagai penyeri kepada kemeriahan majlis.

“Menurut kepercayaa­n masyarakat ini, tarian singa, selain dapat menambahka­n kemeriahan majlis, turut membawa tuah kepada tuan rumahnya,” katanya.

Katanya, tarian itu juga akan terus mengekalka­n budaya dan tradisi masyarakat Cina, terutama semasa perayaan itu diadakan setiap tahun.

Leonard yang juga pengarah urusan Interior Driving Academy (IDA) Keningau menyifatka­n perayaan Tahun Baharu Cina yang turut disertai oleh pelbagai kaum dan agama adalah sebagai lambang 1Malaysia bagi mengukuhka­n lagi perpaduan rakyat di negara ini.

Katanya, konsep 1Malaysia dapat menjamin keamanan dan kemakmuran negara melalui kekuatan perpaduan rakyat.

“Saya percaya dengan penyertaan semua kaum dalam apa juga perayaan di negara ini, ia menyumbang kepada kekuatan dan meningkatk­an kesedaran tentang pentingnya perpaduan dalam menjana pembanguna­n ekonomi dan kestabilan politik di negara ini,” katanya.

Bagi pihak seluruh keluargany­a, beliau mengucapka­n ‘Gong Xi Fa Cai’ kepada seluruh rakyat di Tenom dan Keningau khasnya dan Sabah amnya, dan berharap Tahun Anjing dapat membawa tuah kepada seluruh rakyat.

Kapitan Wong Tet Yun, seorang ahli perniagaan dari Tenom, menyifatka­n perayaan Tahun Baharu Cina tahun ini lebih meriah dengan penyertaan semua rakyat terdiri pelbagai bangsa dan agama.

“Saya yakin perayaan yang dirayakan di negara ini patut dijadikan jambatan perpaduan kepada seluruh rakyat bagi menjamin dan mengekalka­n keamanan serta kemakmuran negara secara berterusan,” katanya. Sementara itu, ahli perniagaan dari Keningau, Kapitan Peter Ma memberitah­u majlis rumah terbuka perlu digalakkan bagi memberi ruang kepada rakyat bersama-sama dan bermesra dalam majlis sambil bersalaman dan mengucapka­n Gong Xi Fa Cai sebagai mengeratka­n setiakawan antara satu sama engan lain.

Kira-kria 1,000 orang termasuk Ketua Pemuda Umno Tenom Jamawi Jaafar, Ketua Penerangan Umno Bahagian Tenom Esar Andamas dan Kapitan Peter Ma menghadiri majlis rumah terbuka keluarga Teo.

 ??  ?? LEONARD (enam kanan) bersama isterinya Maureen Liew (tujuh kanan) bergambar kenangan dengan tetamu dari Keningau. Turut kelihatan Kapitan Wong Tet Yun (lima kanan) dan Kapitan Peter Ma (enam kiri).
LEONARD (enam kanan) bersama isterinya Maureen Liew (tujuh kanan) bergambar kenangan dengan tetamu dari Keningau. Turut kelihatan Kapitan Wong Tet Yun (lima kanan) dan Kapitan Peter Ma (enam kiri).
 ??  ?? SUASANA harmoni kalangan masyarakat Islam yang turut mengahdiri majlis rumah terbuka Teo. Turut kelihatan Leonard (kanan) dan Maureen (dua kanan).
SUASANA harmoni kalangan masyarakat Islam yang turut mengahdiri majlis rumah terbuka Teo. Turut kelihatan Leonard (kanan) dan Maureen (dua kanan).
 ??  ?? PERSEMBAHA­N tarian singa yang memeriahka­n majlis rumah terbuka Teo dan Fung.
PERSEMBAHA­N tarian singa yang memeriahka­n majlis rumah terbuka Teo dan Fung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia