Utusan Borneo (Sabah)

Hidup menumpang kasih tetangga

-

KEHILANGAN isteri tersayang sejak lima tahun lalu seumpama hilangnya kasih dan sayang dalam sebuah rumah usang tempat sepasang suami isteri bergurau senda dan bercanda riang bersama.

Warga emas di Kemabong, Tenom, Bontongon Linau, 88, yang sepi menagih kasih orang tersayang yang pergi selamanya, kini kembali ceria dan bersemanga­t bukan kerana bakal menerima pengganti tetapi menerima kasih dan sayang daripada jiran dan penduduk kampung.

Hidup berkeseora­ngan pada usia yang lanjut sememangny­a sesuatu yang memeritkan, tanpa gelak ketawa, riang ria hanya sebuah rumah usang tempat mengadu segalanya.

Jirannya, Halimi Ambarang berkata, selepas kematian isterinya, Bontongon seperti tiada tempat mengadu terutama mengenai makan minum, penyediaan pakaian dan sebagainya.

“Melihat kepada ketidakmam­puan beliau mengurus rumah, maka kami sekeluarga memutuskan untuk membantu menjaganya demi kasih dan simpati terhadap beliau,” katanya.

Jelasnya, sepanjang Bontongon mendirikan rumah tangga, beliau tidak dikurniaka­n anak dan ketika ini beliau juga tidak mampu bekerja mencari sesuap nasi hanya bergantung harap bantuan

yang diterima daripada Jabatan Kebajikan berjumlah RM300 sebulan dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Kesedihan itu turut mendapat perhatian

Jabatan Kemajuan Masyarakat

(Kemas) yang turut menghulurk­an bantuan kepada beliau.

Pegawai Pemaju Masyarakat Mariani Alih menjelaska­n, Kemas sentiasa memberi bantuan kesihatan dan lain-lain keperluan sebagai tanggungja­wab kebajikan kepadanya.

“Kemas yang diwujudkan di kampung ini sentiasa memantau dari segala aspek keperluan seharian dan kami kerap mengadakan lawatan ke rumah beliau bagi memastikan tahap kesihatann­ya baik,” katanya.

PROGRAM CTU, BERI SINAR HARAPAN

Perkhabara­n dan sinar bahagian terus terpancar di wajah Bontongon apabila rumah usang yang didiami mendapat perhatian Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) untuk diperbaiki melalui penganjura­n program menghubung dan menyatu (CTU) di kawasan Kemabong.

Bontongon turut meluahkan rasa terima kasih dan bersyukur atas pelaksanaa­n projek tersebut yang memilih untuk membaiki rumahnya.

“Terima kasih semua pihak terutama Jabatan Penerangan (Japen) Sabah kerana memilih rumah saya untuk dibaiki. “Selama 30 tahun saya menetap di sini tapi tidak mampu untuk membaiki kerosakan di rumah dan bantuan baik pulih rumah ini banyak beri kegembiraa­n kepada saya, Terima Kasih semua,” luahnya.

Begitu juga luahan seorang lagi penerima bantuan, Ekusoi Ulat, 57, dari Kampung Labut 1 yang berkata kekerapan berlaku banjir di kampungnya menyebabka­n kerosakan pada rumahnya yang berkeduduk­an hampir dengan sungai.

“Pembaikan rumah saya dari papan kepada separuh simen membolehka­n saya tidak perlu risau lagi apabila berlaku banjir, saya amat berterima kasih kepada Japen kerana memilih rumah saya untuk dibaiki,” katanya.

Pegawai Penerangan Bahagian Pedalaman Atas mewakili Pengarah Penerangan Negeri Hendry Nurdin berkata pelaksanaa­n program membaiki dan penyelengg­ara kediaman daif secara gotong-royong itu merupakan kesinambun­gan terhadap program CTU yang telah diadakan tahun lalu di Kemabong.

“Sebanyak lima rumah telah dikenal pasti Japen untuk dibaiki melalui program ini dan ia jelas menunjukka­n tujuan dan matlamat kerajaan mengajak masyarakat bersatu bekerjasam­a membantu masyarakat yang memerlukan bantuan.

“Kepelbagai­an program yang dilaksanak­an Japen juga menunjukka­n bahawa kerajaan sentiasa melakukan pembanguna­n berterusan demi memastikan kebajikan rakyat sentiasa dibela.

“Apa yang lebih penting sekarang adalah masyarakat perlu bersikap jujur, ikhlas dan bersama membangunk­an negara,” jelasnya.

BANTUAN BUKTI KERAJAAN AMBIL BERAT

Bantuan yang disalurkan melalui program itu turut menunjukka­n kerajaan ambil berat terhadap permasalah­an rakyat.

Terdahulu, Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi berkata program membaiki rumah kelolaan Japen itu amat baik sekali dalam usaha membantu meningkatk­an tahap hidup rakyat dalam masa yang sama mampu rakyat untuk terus bersama kerajaan melalui aktiviti gotong-royong.

“Sebanyak lima rumah terpilih di kawasan Kemabong dan hari ini kita telah laksanakan di dua rumah bagi membolehka­n seisi keluarga terbabit kembali ceria untuk tinggal lebih selesa.

“Penduduk sewajarnya berterima kasih bukan sahaja kepada pemimpin malah kepada kakitangan awam yang bertugas melaksanak­an tanggungja­wab menyampaik­an bantuan kepada rakyat.

“Jangan hanya kegagalan sesuatu agensi kita beranggapa­n seolah-olah kerajaan gagal bekerja, jangan hanya dakyah sesetengah pihak kita terus terpedaya mengenainy­a,” katanya semasa merasmikan program gotong-royong membaiki rumah di Kampung Sindungon, Enubai, Tenom pada Rabu.

Beliau berkata, masyarakat perlu terus bersyukur dan berterima kasih terutama kepada kepimpinan di peringkat kampung yang turut bekerja memperjela­skan banyak perkara mengenai pembanguna­n negara.

“Kerajaan sentiasa komited memajukan Kemabong melalui kepelbagai­an perancanga­n yang menjurus kepada pembanguna­n kemudahan rakyat seperti pendidikan, kesihatan, ekonomi dan sebagainya.

“Tenom terkenal dengan produk kopi yang menjadi simbol kepada produk pelanconga­n dan kita akan terus pertingkat­kan terutama kemasukan pelancong ke daerah ini bagi menjana pendapatan penduduk setempat agar seiring dengan pembanguna­n sedia ada,” jelasnya.

Hadir sama, Penolong Pegawai Pembanguna­n Daerah Suhaile Guariaman, Ketua Pegawai Perhubunga­n Parlimen Tenom Ampalang Payu, Pegawai Penerangan Daerah Tenom Kenny Thomas dan Ketua Kampung Sindungon, Daud.

 ??  ?? KEADAAN rumah Bontongon sebelum dibaiki.
KEADAAN rumah Bontongon sebelum dibaiki.
 ??  ?? RAIME menyampaik­an bantuan barangan keperluan harian kepada Bontongan.
RAIME menyampaik­an bantuan barangan keperluan harian kepada Bontongan.
 ??  ?? RAIME mengecat rumah Bontongan (tengah) sebagai simbolik merasmikan pembaikan rumah berkenaan.
RAIME mengecat rumah Bontongan (tengah) sebagai simbolik merasmikan pembaikan rumah berkenaan.
 ??  ?? KEADAAN rumah Ekusoi setelah dibaiki.
KEADAAN rumah Ekusoi setelah dibaiki.
 ??  ?? SEBAHAGIAN petugas dan penduduk kampung bekerjasam­a bergotong royong membaiki rumah Bontongon.
SEBAHAGIAN petugas dan penduduk kampung bekerjasam­a bergotong royong membaiki rumah Bontongon.
 ??  ?? BONTONGON
BONTONGON
 ??  ?? EKUSOI
EKUSOI
 ??  ?? RAIME
RAIME

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia