Utusan Borneo (Sabah)

Tahun Baharu Cina lambang perpaduan

Lebih 5,000 orang hadir rumah terbuka Limus di Kg Melampai

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KUALA PENYU: Kira-kira 5,000 masyarakat berbilang kaum hadir memeriahka­n Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Penyu Datuk Limus Jury di kediamanny­a di Kampung Melampai, di sini pada Sabtu.

Orang ramai hadir seawal jam 8 pagi untuk mengucapka­n ‘Gong Xi Fa Cai’ kepada Limus dan Datin Tracy Tan yang menyambut mereka dengan senyuman tanda kemesraan.

Selain disajikan pelbagai hidangan, orang ramai turut dihiburkan dengan nyanyian artis tempatan selain persembaha­n tarian singa oleh kumpulan yang diundang khas.

Hadir sama, Pemangku Presiden Upko merangkap Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau serta Timbalan MenteriPem­bangunanWa­nita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun.

Limus menghargai kehadiran orang ramai dari jauh dan dekat serta pelbagai kaum untuk sama-sama memeriahka­n sambutan Tahun Baharu Cina.

“Ini adalah lambang perpaduan dan kesatuan rakyat kita di Sabah yang sentiasa hidup dalam suasana aman harmoni,” katanya sambil menegaskan Tahun Baharu Cina bukan sekadar diraikan masyarakat Tionghua.

Menurutnya, sambutan perayaan sedemikian boleh menjadi wadah penyatuan serta pengukuhan kerjasama dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

Beliau juga mengakui bahawa ramai masyarakat Tatana di Kuala Penyu meraikan Tahun Baharu Cina kerana asalusul keturunan mereka yang mempunyai pertalian dengan masyarakat Cina.

“Harapan saya agar perayaan ini terus kita raikan bersama dan menjadi jambatan perpaduan semua kaum,” katanya sambil menangkis pelbagai tohmahan dilemparka­n pihak tidak bertanggun­gjawab mengenai soal pertelingk­ahan kaum.

Sehubungan itu, beliau mengajak masyarakat untuk sama-sama memperkuku­h kesatuan serta berdiri teguh bersama pimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) demi kestabilan dan kemajuan negara.

Katanya, sokongan rakyat adalah tiang utama kemakmuran negara, justeru ia perlu dipertahan­kan bersama.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) TRACY dan Limus menyambut ketibaan Azizah. (Gambar kiri) LIMUS merakamkan gambar kenangan bersama Madius.
(Gambar atas) TRACY dan Limus menyambut ketibaan Azizah. (Gambar kiri) LIMUS merakamkan gambar kenangan bersama Madius.
 ??  ?? SEBAHAGIAN yang hadir merakamkan gambar kenangan bersama Limus.
SEBAHAGIAN yang hadir merakamkan gambar kenangan bersama Limus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia