Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 700 pelajar terima bantuan persekolah­an

-

SEJUMLAH RM581,000 Bantuan Awal Persekolah­an tahun ini diperuntuk­kan kepada lebih 700 pelajar yang layak di Daerah Tambunan.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, bantuan itu adalah salah satu daripada 19 jenis bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada pelajar di negara ini.

Katanya, ia membuktika­n kerajaan sentiasa memberi keutamaan dan mempertaha­nkan aspek pendidikan biar apa pun kedudukan dan keadaan ekonomi di negara ini.

“Ketahuilah bahawa dalam semua agenda dan program yang kita perhalusi dengan teliti itu, agenda kebajikan dan pendidikan adalah satu-satunya perkara yang tidak akan sekalikali dikompromi atau dikurangka­n terutamany­a pendidikan.

“Kerana kita berpendiri­an bahawa biar apa pun kedudukan dan keadaan ekonomi negara kita, kesemua itu tidak akan pernah boleh menjadi alasan untuk kita membiarkan aspek pendidikan tergugat dan tergadai.

“Pemikiran begini bukan sahaja mesti dipegang oleh pihak kerajaan dan agensiagen­si terlibat, tetapi oleh semua anggota masyarakat kita di sini khususnya semua ibu bapa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaia­n Bantuan Awal Khas Persekolah­an 1Malaysia (BKAP1M) bagi sekolahsek­olah daerah Tambunan di Pisompurua­n Square.

Pairin berkata, bantuan yang disediakan oleh kerajaan pada masa ini termasukla­h pakaian seragam sekolah, bukubuku dan alat tulis disusuli dengan bantuan kewangan melalui bantuan awal persekolah­an, Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), rancangan makanan tambahan dan banyak lagi.

“Justeru, tidak ada alasan untuk ibu bapa tidak menghantar anak-anak ke sekolah. Soal anakanak tercicir juga tidak sepatutnya berlaku lagi pada zaman ini.

“Gunakan sepenuhnya bantuan ini khas untuk pembelajar­an anakanak agar mereka dapat mengikuti pembelajar­an di sekolah dengan sempurna,” katanya.

Katanya, semua itu bertujuan membantu negara mencapai status rakyat yang berilmu dan berakhlak tinggi pada masa hadapan dan seterusnya mencapai negara maju.

Turut hadir di majlis itu, Pegawai Daerah Tambunan Thomas Logijin dan Pegawai Pendidikan Daerah Tambunan Haison Jahudin.

 ??  ?? PAIRIN (tiga kiri) menyampaik­an replika cek Bantuan Awal Persekolah­an Tahun 2018 bagi pelajar di Tambunan.
PAIRIN (tiga kiri) menyampaik­an replika cek Bantuan Awal Persekolah­an Tahun 2018 bagi pelajar di Tambunan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia