Utusan Borneo (Sabah)

Pelatih bengkel pasca produksi audio perlu bijak cari peluang

-

PELATIH Bengkel Pasca Produksi Audio anjuran FINAS (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia) dengan kerjasama Kelab Anak Belia Taritipan (ANBATAR) di Kota Belud, perlu bijak untuk mencari peluang dan teknik baharu dalam latihan.

Pengarah Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Sabah Datuk Japlin Haji Akim berkata, belajarlah daripada pesaing-pesaing untuk mencapai prestasi lebih tinggi, apabila kita gagal untuk merancang, sebenarnya, kita merancang untuk gagal.

Katanya, di mana ada perlumbaan di situlah ada persaingan dengan adanya persaingan, sepatutnya kita akan menjadi lebih gigih, berdaya saing dan lebih komited sebaliknya, jika tiada persaingan keadaan ini boleh menyebabka­n kita alpa dan merasakan diri adalah yang terbaik kerana sentiasa berada dalam zon selesa.

“Kejayaan adalah satu permainan minda, ungkapan ini menggambar­kan betapa perlunya kita memiliki minda yang betul, kita perlu membuat penetapan dan kelaziman minda bahawa pesaing adalah rakan yang akan membantu kita untuk lebih menyerlahk­an potensi dan kekuatan diri untuk menjadi lebih cemerlang.

“Lalu setiap kegagalan perlu diubah sebagai peluang untuk memperbaik­i kelemahan diri seperti kata pujangga ‘kita tidak pernah kalah cuma apa yang kita alami sekarang adalah satu kemenangan yang tertangguh’.katanya

Katanya lagi, “Lihatlah dan belajarlah daripada kehebatan pesaing, bukannya kelemahan yang ada kepada mereka, ini untuk bangunkan potensi diri agar lebih hebat daripada pesaingpes­aing yang ada hikmah atau kebijaksan­aan itu perlu dipelajari, walaupun dari pesaing kita sendiri,”katanya ketika merasmikan penutupan Bengkel Pasca Produksi Audio 2018 di sini, pada Ahad.

Sementara itu Ketua Penolong Pengarah Unit Latihan Industri FINAS Malaysia Habibah Zainal Abidin berkata, FINAS adalah agensi peneraju dan pembanguna­n industri filem, sentiasa komited untuk membina sinergi bersama dengan pihak persatuan filem dan NGO dalam usaha membangunk­an modal insan di Sabah.

Katanya, bengkel yang disertai 30 peserta itu sekurang-kurangnya dapat membuka minda generasi muda mengenai pelbagai peluang dan kerjaya dalam bidang industri kreatif khususnya filem.

Bengkel yang berlangsun­g sejak 7 Februari itu telah dikendalik­an oleh Mohmmed Rashidi Ramli.

Turut hadir, Penasihat Industri Kreatif FINAS Sabah dan Sarawak, Datuk Deddy M.Borhan.

 ??  ?? JAPLIN (tiga kiri) Habibah(dua kanan) Rashidi(kiri) dan yang lain merakamkan gambar kenangan bersama peserta bengkel produksi audio Kota Belud.
JAPLIN (tiga kiri) Habibah(dua kanan) Rashidi(kiri) dan yang lain merakamkan gambar kenangan bersama peserta bengkel produksi audio Kota Belud.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia