Utusan Borneo (Sabah)

‘Get Out,’‘Call Me by Your Name’ menang besar di Anugerah Persatuan Penulis 2018 AS

-

‘Get Out’ dan ‘Call Me by Your Name’ memenangi hadiah utama di Anugerah Persatuan Penulis (Writers Guild of America) baru-baru ini, tiga minggu sebelum Anugerah Oscar, kemuncak musim anugerah yang gilanggemi­lang di Hollywood. Penulis-pengarah Jordan Peele menerima trofi bagi lakon layar asal terbaik untuk ‘Get Out’, satu satira gelap mengenai pengalaman orang Afrika-Amerika dan rasa bersalah orang berkulit putih yang liberal.

“Ini adalah satu projek minat mendalam. Ia adalah sesuatu di mana saya mencurahka­n kasih saya sayang, saya memberi jiwa raga saya, maka itu menerima ini daripada anda begitu bermakna sekali bagi saya,” kata Peele ketika dia menerima trofinya.

“Saya mula menulisnya pada 2008 dan terdapat PENULIS dan pengarah Dee Rees menghadiri acara Anugerah Persatuan Penulis Amerika 2018 di The Beverly Hilton Hotel pada 11 Februari lepas. — Gambar AFP banyak pengalaman baik dan buruk.”

Filem itu, yang dibintangi Daniel Kaluuya, sudah pun membantu Peele memenangi anugerah filem cereka kali pertama terbaik di Anugerah ‘Directors Guild of America’ dan dicalonkan untuk empat anugerah di Anugerah Oscar, yang akan diadakan pada 4 Mac.

‘Get Out’ menewaskan ‘The Big Sick’, ‘I, Tonya’, ‘Lady Bird’ dan ‘The Shape of Water’.

Malam itu dihoskan bagi tahun ketiga berturuttu­rut oleh pelawak, penulis dan pelakon yang pernah memenangi Emmy dan Grammy, Patton Oswalt, yang bermula dengan menegur WGA dengan gurauan kerana membawanya kembali.

“Mengambil kira suasana sekarang, mungkin dapatkan hos wanita pada tahun depan. Terdapat penulis dan pelawak yang lucu di luar sana,” katanya.

James Ivory memenangi hadiah untuk lakon layar adaptasi terbaik bagi kerjanya mengubah novel Andre Aciman pada 2007 ‘Call Me by Your Name’ menjadi filem dengan tajuk yang sama, dibintangi Timothee Chalamet.

Filem arahan Luca Guadagnino mengenai kepatahan hati sejagat disebabkan oleh cinta pertama, berlatarbe­lakangkan utara Itali pada tahun 1980-an, menewaskan pencabar lain yang begitu diuar-uarkan, termasuk ‘The Disaster Artist’, ‘Logan’, ‘Molly’s Game’ dan ‘Mudbound’.

Ia turut dicalonkan untuk empat anugerah Oscar, termasuk pencalonan untuk lakon layar Ivory, filem terbaik, pelakon lelaki terbaik untuk Chalamet serta lagu asal terbaik.

Lakon layar dokumentar­i terbaik dimenangi Brett Morgen untuk ‘Jane’, satu kajian tentang kehidupan dan kerja pakar primatolog­i tersohor, Jane Goodall, yang menjalanka­n penyelidik­an cimpanzi yang mengubah kefahaman orang mengenai dunia semula jadi.

Dalam kategori televisyen, ‘The Handmaid’s Tale’ terbitan Hulu memenangi drama terbaik dan siri baharu terbaik, manakala siri terbitan HBO ‘Veep’ memenangi siri komedi terbaik.

Anugerah WGA merupakan salah satu majlis penyampaia­n hadiah besar terakhir di Hollywood sebelum Anugerah Akademi.

Bagaimanap­un ia tidak dianggap sebagai boleh peramal yang boleh dipercayai bagi kejayaan di Anugerah Oscar seperti malam penyampaia­n hadiah oleh badan-badan lain, kerana ahli-ahli hanya boleh menyenarai­pendek skrip yang ditulis di bawah garis panduan WGA atau beberapa rakan antarabang­sa. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia