Utusan Borneo (Sabah)

Pengarah pilihan Oscar Guillermo Del Toro ketuai juri festival Venice

-

PENGARAH Guillermo del Toro, dengan filem terbaharun­ya ‘The Shape of Water’ yang diramal akan menang besar di Anugerah Oscar, akan mempengeru­sikan juri Festival Filem Venice.

“Venice merupakan jendela kepada panggung dunia dan peluang untuk meraikan kerelevana­n budaya dan tenaganya,” kata pengarah Mexico itu.

‘The Shape of Water’, kisah cinta pada zaman Perang Dingin di antara seorang tukang cuci wanita yang bisu dengan seekor makhluk misteri yang kelihatan seperti ikan duyung jantan, sekali lagi meletakkan pembuat filem itu di bawah lampu limpah Hollywood.

Kisah cinta fantasi itu membantu pengarah berusia 53 tahun itu memenangi anugerah pengarah terbaik di Anugerah Golden Globe dan menerima 13 pencalonan Oscar, kurang satu di bawah rekod yang dipegang oleh ‘La La Land’ pada 2017 berdengan sama ‘All About Eve’ pada 1950 dan ‘Titanic’ pada 1997.

Ia turut memenangi hadiah utama yang berprestij, Golden Lion, di festival Venice pada tahun lepas.

“Guillermo Del Toro melambangk­an kemurahan hati, minat mendalam bagi jenis filem yang dapat mencetuska­n emosi, menyentuh orang dan, pada waktu yang sama, membuat mereka merenung,” kata pengarah festival Alberto Barbera.

Sepanjang kariernya, Del Toro telah bersilih ganti di antara penerbitan Hollywood berbajet besar seperti ‘Blade II’ dengan projek berbahasa Sepanyol yang lebih bersifat peribadi.

Pada 2006, dia menerima pujian daripada pengkritik untuk filem fantasi gelapnya ‘Pan’s Labyrinth yang memenangi tiga anugerah Oscar.

Festival filem ini akan menyinari Biennale di bandar raya Itali berkenaan den- gan bintang antarabang­sa dari 29 Ogos hingga 8 September. — AFP

 ??  ?? KETUA JURI VENICE: Guillermo del Toro dan Vanessa Taylor (kiri) menghadiri Anugerah Persatuan Penulis Amerika (Writers Guild of America Awards) 2018 yang diadakan di Beverly Hills, California pada 11 Februari 2018 yang lepas. — Gambar AFP
KETUA JURI VENICE: Guillermo del Toro dan Vanessa Taylor (kiri) menghadiri Anugerah Persatuan Penulis Amerika (Writers Guild of America Awards) 2018 yang diadakan di Beverly Hills, California pada 11 Februari 2018 yang lepas. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia