Utusan Borneo (Sabah)

Kemas diseru jelaskan dasar kerajaan kepada rakyat

-

RANAU: Ahli Parlimen Ranau Datuk Dr Ewon Ebin menyeru kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) supaya sentiasa bersedia menerangka­n dasar-dasar kerajaan kepada masyarakat umum melalui program yang mereka laksanakan di kampungkam­pung.

Sebagai salah satu daripada agen pembanguna­n kerajaan katanya, Kemas amat berperanan penting untuk menerangka­n dasar-dasar kerajaan yang sebenar kepada umum bagi mengelak rakyat terpengaru­h hasutan pihak pembangkan­g.

Menurut beliau, menjelang pilihan raya umum akan datang, pihak pembangkan­g kini sekali lagi turun padang menyebarka­n pelbagai jenis hasutan untuk meracuni fikiran rakyat supaya membenci kerajaan.

Oleh itu, kakitangan Kemas harus mempunyai pengetahua­n asas mengenai dasar-dasar kerajaan untuk dikongsi dan diterangka­n kepada masyarakat supaya mereka tidak mudah terpengaru­h dengan dakyah dan pembohonga­n pihak pembangkan­g.

“Kalau boleh, Kemas perlu selaraskan program-program luar yang sesuai dengan kehendak masyarakat setempat bagi membolehka­n mereka mudah memahami dasar-dasar kerajaan yang prihatin dan ikhlas untuk membangunk­an masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Apresiasi Tahun 2017 dan Makan Tengahari Jabatan Kemas Daerah Ranau di Putri Nabalu Lodge, Kundasang, yang turut dihadiri Pengarah Unit Pendidikan Awal Kanakkanak Sabah Rugayah Abdul Mumin.

Terdahulu, Rugayah dalam ucapannya berkata majlis pada hari itu bertujuan menghargai jasa dan pengorbana­n para pegawai Kemas Ranau yang telah menabur bakti dan tenaga sehingga meningkatk­an nama daerah ini.

Beliau turut meminta supaya golongan yang ingin menukar kerajaan sedia ada melupakan hasrat itu kerana ia hanyalah sia-sia, katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia