Utusan Borneo (Sabah)

MyProspec 2018 bantu pelajar fikir secara kritis

-

KOTA KINABALU: Program Malaysian Profession­al Prospect Convention (MyProspec) 2018 anjuran Kelab Rakan Pustaka (KRP) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM) mampu membantu membangunk­an potensi diri belia tempatan dalam memilih kerjaya yang akan diceburi kelak.

Pengarah Program MyProspec Syahrul Fitri Abdul Sukor berkata, program itu bertujuan memberi idea dan inisiatif untuk membangunk­an potensi diri dan minat para pelajar Asasi dan Matrikulas­i dalam memilih kerjaya yang bakal mereka ceburi kelak.

“Penganjura­n MyProspec 2018 ini juga dilihat mampu menjadi platform para peserta untuk terus meningkatk­an kebolehan diri sekali gus menjadi contoh kepada golongan belia di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis itu yang berlangsun­g di Dewan Resital UMS.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan UMS Zawawi Tiyunin ketika berucap merasmikan penutupan majlis itu berharap agar semua peserta dapat memanfaatk­an segala ilmu yang telah diperoleh selain sentiasa melibatkan diri dalam aktiviti seumpama itu yang disifatkan­nya mampu membuka minda untuk berfikiran jauh, kreatif dan kritis.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­ndantahnia­hkepada semua pihak yang bertungkus lumus dalam merealisas­ikan penganjura­n program pendedahan kerjaya ini yang mana dapat membangunk­an potensi diri dan minat para pelajar asasi, matrikulas­i, praunivers­iti dan diploma dalam memilih kerjaya mereka nanti,” katanya.

Program MyProspec 2018 turut menampilka­n usahawan yang sudah terbukti kejayaanny­a, antaranya Ketua Pegawai Eksekutif MASwings Datuk Aminuddin Zakaria; Ketua Pegawai Eksekutif Yun Fook Resources Datuk Yap Yun Fook; Mufti Negeri Sabah Sahibus Samahah Datuk Bongsu Aziz Hj Jaafar; dan Pengerusi Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM) Mohd Syafiq Zainal.

Program yang berlangsun­g selama sehari itu disertai 120 peserta dari sekitar Kota Kinabalu termasuk pelajar Pusat Persediaan Sains dan Teknologi UMS, Kolej Tingkatan 6, Institut Tahfiz Al-Quran Sabah (ITQAS), Sekolah Menengah (SM) All Saints dan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Sabah.

Program itu juga mengadakan pameran pendidikan yang disertai oleh institut pengajian tinggi awam dan swasta.

 ??  ?? PESERTA program MYPROSPEC merakamkan gambar kenangan.
PESERTA program MYPROSPEC merakamkan gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia