Utusan Borneo (Sabah)

Karnival Sukan akan diadakan di Sipitang

Karnival Sukan akan menyusul selepas berakhirny­a kejohanan dan liga bola sepak Sipitang

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

SIPITANG: Selaras usaha menjadikan sukan sebagai aktiviti riadah, Pejabat Parlimen Sipitang akan mengadakan Karnival Sukan selepas berakhirny­a Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah dan Liga Veteran Piala Parlimen P.178 Sipitang yang berlangsun­g sekarang.

Kejohanan dan liga berkenaaan dirasmikan Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Hj Ahmad di Padang Pekan Sipitang pada Sabtu, sekali gus bermulanya acara yang berlangsun­g selama satu setengah bulan itu.

Ia disertai 41 pasukan kesemuanya, termasuk 15 pasukan dalam Liga Veteran dan dijayakan dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) Sipitang.

Kejohanan itu menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM24,000.

Bagi kejohanan sembilan sebelah, juara bakal menerima RM5,000 berserta piala dan medal manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing akan menerima RM4,000 dan RM2,000 selain piala dan medal.

Bagi liga veteran pula, juara akan menerima RM5,000, piala dan medal sementara tempat kedua akan menerima RM4,000, piala dan medal.

Tempat ketiga dan keempat pula akan menerima RM2,500 dan RM1,500 berserta piala dan medal.

Dalam ucapannya, Sapawi berharap kejohanan dan liga itu dapat memupuk semangat kesukanan, khususnya bola sepak dalam kalangan penduduk Sipitang.

“Kita juga berharap agar kejohanan ini, khususnya yang disertai belia dan remaja dapat melahirkan pemain berbakat untuk diketengah­kan,” katanya

Ketika ditemui kemudian, Sapawi berkata Karnival Sukan akan diadakan selepas berakhirny­a kejohanan dan liga berkenaan membabitka­n pelbagai jenis sukan, termasuk futsal, sepak takraw, badminton, bola jaring dan tarik tali serta marathon.

“Karnival ini untuk memupuk semangat muhibah, kasih sayang dan menyatakan rasa kegembiraa­n untuk bersamasam­a meletakkan asas kukuh sebagai rakyat sihat untuk menyumbang kepada negara,” katanya.

Sambil berharap ia dapat terus mengekalka­n semangat muhibah dan toleransi, beliau berkata sukan adalah medium DATUK SAPAWI HJ AHMAD Ahli Parlimen Sipitang yang mampu menjadi pemersatu kepelbagai­an kaum, khususnya di Sipitang yang mempunyai lebih lapan suku kaum dan etnik.

“Karnival sukan ini kita adakan bagi memberi peluang semua kaum berinterak­si antara satu sama lain,” katanya.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin Datuk Hj Ahmad Bujang, Pegawai Daerah Matlin Dullah, Ketua Pemuda Hj Yamani Hafez Tan Sri Musa, Ketua Puteri, Suzie Hamat dan pengerusi penganjur, Ramli Awang Said @ Special.

Karnival ini untuk memupuk semangat muhibah, kasih sayang dan menyatakan rasa kegembiraa­n untuk bersama-sama meletakkan asas kukuh sebagai rakyat sihat untuk menyumbang kepada negara.

 ??  ??
 ??  ?? SEBAHAGIAN pasukan yang bertanding merakamkan gambar kenangan bersama Sapawi sempena majlis itu.
SEBAHAGIAN pasukan yang bertanding merakamkan gambar kenangan bersama Sapawi sempena majlis itu.
 ??  ?? SAPAWI melakukan tendangan pada bola sebagai gimik perasmian sempena majlis itu.
SAPAWI melakukan tendangan pada bola sebagai gimik perasmian sempena majlis itu.
 ??  ?? SAPAWI bersalaman dengan pemain sebelum memulakan acara berkenaan.
SAPAWI bersalaman dengan pemain sebelum memulakan acara berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia