Utusan Borneo (Sabah)

Percepat pelaksanaa­n dewan kompleks sukan

- CORLLEUS -Oleh KENNEDDY

BEAUFORT: Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun meminta kerajaan mempercepa­tkan proses pembinaan sebuah dewan di Kompleks Sukan Beaufort untuk kegiatan sukan ‘indoor’.

Katanya, ia bukan sahaja untuk kegunaan para atlet bagi membuat persiapan untuk temasya sukan akan datang tetapi juga untuk kemudahan orang ramai yang aktif dalam sukan terutama sukan indoor.

“Saya difahamkan peruntukan untuk membina dewan telah pun diluluskan oleh kementeria­n berkaitan. Justeru, saya meminta agar pelaksanaa­nnya dapat dipercepat­kan demi kebaikan semua.

“Saya yakin dengan adanya dewan ini, ia dapat dimanfaatk­an sebaiknya oleh atlet kita untuk membuat persiapan serta latihan yang perlu sebelum kemuncak sesuatu kejohanan sukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurn­akan Majlis Apresiasi Atlet Saga Daerah Beaufort di sini pada Ahad.

Dalam pada itu, Azizah yang juga Ahli Parlimen Beaufort turut meminta kerajaan negeri dan Pusat untuk menambah bilangan fasiliti di Kompleks Sukan Beaufort yang ketika ini belum lengkap.

beliau berkata, terdapat keperluan untuk membina sebuah asrama di kompleks sukan terbabit memandangk­an kemudahan itu sering digunakan oleh daerah berhampira­n seperti Membakut dan Sipitang.

“Saya mohon kepada kerajaan Pusat serta negeri untuk melihat apa lagi kekurangan yang ada pada Kompleks Sukan Beaufort. Mungkin sudah tiba masanya kerajaan menyediaka­n kemudahan asrama di sana untuk kebaikan semua.

“Jadi atlet-atlet dari Membakut atau Sipitang yang mahu menggunaka­n kemudahan kompleks sukan tidak perlu berulang-alik untuk membuat latihan sekali gus mengurangk­an risiko lain yang boleh menjejaska­n prestasi mereka,” katanya.

 ??  ?? AZIZAH menyampaik­an sijil kepada salah seorang atlet.
AZIZAH menyampaik­an sijil kepada salah seorang atlet.
 ??  ?? SEBAHAGIAN atlet yang diraikan sempena majlis itu.
SEBAHAGIAN atlet yang diraikan sempena majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia