Utusan Borneo (Sabah)

Fatehah tersingkir seawal pusingan kedua

-

NILAI: Pelumba trek wanita negara, Fatehah Mustapa kecundang seawal pusingan kedua acara pecut wanita elit pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia 2018 (ATC) pada Ahad.

F a teh a h ,29, gagal kesuk u akhir setelah tewas kepada Guo Yufang dari China pada perlumbaan yang berlangsun­g di Velodrom Nasional di sini.

Beliau yang pernah memenangi pingat emas acara itu pada 2013 mengakui kesilapan sendiri kerana tersalah strategi ketika saringan.

“Kecewa... sepatutnya boleh menang... pada selekoh pertama saya tidak perasan dia memotong saya dari bawah, itu satu kesalahan saya.

“Saya tidak boleh lakukan apa-apa, beliau lebih laju. Saringan acara pecut pula hanya sekali sahaja kayuh dan tiada peluang kedua,” katanya kepada pemberita selepas acara itu.

Fatehah berkata biarpun nasib tidak menyebelah­i dirinya dalam acara pecut beliau optimis akan bangkit bagi acara keirin pada Selasa ini.

Katanya beliau tidak mahu mensia-siakan peluang beraksi di depan penyokong negara dan bertekad mempamerka­n aksi kompetitif bagi acara terakhirny­a itu..

“Saya berharap ada peluang podium dalam acara keirin pada selasa ini. Tahun lepas tiada pingat jadi tahun ini sebagai tuan rumah saya mahu mempamerka­n aksi terbaik untuk rakyat Malaysia.

“Saingan yang paling sengit adalah Hong Kong, Korea Selatan dan Jepun. Semua peserta dalam prestasi yang terbaik dan peluang untuk podium terbuka,” katanya.

Pada Sabtu Fatehah memenangi pingat gangsa dalam acara ujian masa 500 meter. -Bernama

 ??  ?? KONA Liau (johan wanita veteran) menerima hadiah disampaika­n Arthur.
KONA Liau (johan wanita veteran) menerima hadiah disampaika­n Arthur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia