Utusan Borneo (Sabah)

Barcelona kekalkan rekod tanpa kalah dalam La Liga

-

MADRID, Sepanyol: Luis Suarez dan Jordi Alba menjaringk­an gol ketika Barcelona menewaskan Eibar 2-0, sekali gus mengekalka­n rekod tanpa kalah dalam La Liga Sepanyol dan juga menjarakka­n kedudukan di singahsana liga Sabtu lepas.

Lionel Messi memainkan peranan dalam kedua-dua gol ketika menentang pasukan Eibar yang menamatkan permainan dengan 10 pemain selepas Fabian Orellana dibuang padang dalam separuh masa kedua.

Ia bagaimanap­un petang yang tidak selesa buat anak buah Ernesto Valverde kerana hujan tetapi Barca masih belum tewas dari 24 perlawanan liga musim ini dan juga mengharung­i 31 perlawanan liga tanpa kalah untuk menyamai rekod di bawah kendalian Pep Guardiola pada musim 2010/2011.

Mereka juga berkelebih­an 10 mata berbanding pencabar terdekat, Atletico Madrid, yang boleh merapatkan kedudukan jika menewaskan Athletic Bilbao pada perlawanan lewat.

Barca kini akan mengalihka­n perhatian pada perlawanan Liga Juara-Juara menentang Chelsea untuk perlawanan pertama pusingan kedua di Stamford Bridge Selasa ini dan Valverde berkata Eibar adalah lawan yang ideal untuk persediaan menentang Chelsea.

“Eibar sentiasa memberikan banyak tekanan kepada anda, jadi ia satu ujian yang bagus. Kami benar-benar berhempas pulas kerana mereka adalah pasukan yang hebat,” kata Valverde.

“Ia perlawanan sukar seperti yang dijangkaka­n dan kami akan cuba memastikan ia membantu kami walaupun Liga juara-Juara adalah pertanding­an yang berbeza.”

Valverde menurunkan skuad terkuat, memilih meletakkan Andres Iniesta dalam kesebelasa­n utama dengan Philippe Coutinho bermula di bangku simpanan walaupun

Coutinho tidak layak beraksi dalam Liga JuaraJuara selepas beraksi untuk Liverpool. Coutinho hanya dimasukkan pada 30 minit terakhir permainan.

“Minggu lepas Coutinho bermula dalam kesebelasa­n utama dan minggu ini, ia adalah peluang untuk Iniesta,” tambah Valverde. “Ia benar kami mempunyai satu lagi perlawanan pada hari Selasa tetapi bagi saya, ia adalah penting untuk menang hari ini (Sabtu).”

Valencia mengukuhka­n kedudukan di tangga ketiga selepas bangkit dari ketinggala­n sebelum menewaskan Malaga 2-1 menerusi tendangan penalti lewat Dani Parejo. -AFP

 ?? -Gambar AFP ?? SUAREZ cuba dihalang penjaga gol Eibar Marko Dmitrovic dalam perlawanan itu.
-Gambar AFP SUAREZ cuba dihalang penjaga gol Eibar Marko Dmitrovic dalam perlawanan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia