Utusan Borneo (Sabah)

Cavani, Neymar kunci kebangkita­n PSG tewaskan Strasbourg 5-2

-

PARIS, Perancis: Edinson Cavani menjaringk­an dua gol ketika Paris Saint Germain (PSG) menewaskan Strasbourg 5-2 untuk mengurangk­an sedikit tekanan ke atas pendahulu Ligue 1 Perancis ekoran kekalahan di Real Madrid pada perlawanan pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara.

Strasbourg mencipta kejutan apabila membuka jaringan menerusi rembatan Jean Eudes Aholou tetapi PSG bangkit menerusi gol Julian Draxler, Neymar dan Angel Di Maria untuk meletakkan pasukan tuan rumah mengawal permainan.

StephaneBa­hokenmerap­atkan kedudukan tetapi Cavani menjaringk­an gol ke-23 beliau untuk memastikan kemenangan skuad kendalian Unai Emery.

“Kemenangan adalah penting selepas apa yang berlaku Rabu lepas (kekalahan di Real Madrid). Kami menang semua perlawanan di tempat sendiri,” kata Emery, di mana kali terakhir tercicir mata di Parc des Princes ialah pada bulan Mei.

“Kami harus menunjukka­n kami boleh mengekalka­n tahap permainan ini apabila menentang pasukan lebih besar tetapi ia bukan tidak menghormat­i Strasbourg.”

Beliau menambah: “Kami bercakap tentang kekalahan kepada Real dalam bilik persalinan. Sudah tentu mereka ingat perlawanan itu. Ia normal, jadi ia penting untuk bercakap tentang perkara positif. Kami berasa cukup kuat di Parc.”

Kapten pasukan, Thiago Silva dan Di Maria diturunkan semula selepas Emery berdepan kritikan kerana menggugurk­an mereka ketika tewas 1-3 di Madrid dan beliau dicemuh oleh sekumpulan penyokong yang tidak gembira dengan keputusann­ya pada pertengaha­n minggu.

Neymar jelas dibayangi penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo di Sepanyol pada pertengaha­n minggu tetapi beliau hampir membuka jaringan seawal 90 saat selepas sepak mula tetapi penjaga gol Strasbourg, Alexandre Oukidja berjaya menepis bola dengan kakinya.

Strasbourg, yang memberikan kekalahan pertama PSG musim ini pad awal bulan Disember, mencipta kejutan apabila membuka jaringan seawal minit keenam dari satu serangan pantas.

Neymar kehilangan bola, membolehka­n Strasbourg melakukan serangan pantas yang disudahkan oleh Aholou dari umpanan Kenny Lala.

PSG bagaimanap­un bangkit segera apabila Draxler menyempurn­akan hantaran Neymar untuk gol liga pertama beliau sejak tiga bulan.

PSG kemudian berada di hadapan buat kali pertama apabila Neymar melepasi dua pemain pertahanan sebelum menewaskan Oukidja.

Kelekaan Pablo Martinez kemudian membolehka­n Di Maria menjaringk­an gol ketiga PSG.

Oukidja kemudian menepis tandukan Cavani dan Di Maria selepas Dani Alves juga mensia-siakan peluang sebelum Bahoken merapatkan kedudukan pada minit ke-67.

Namun Cavani menamatkan segala kebimbanga­n kehilangan rentak PSG di lewat permainan dengan menjaringk­an dua gol.

Pada perlawanan lain, Saint Etienne mencipta kemenangan ketiga dari empat perlawanan apabila menang 1-0 di Angers sementara Montpellie­r naik ke tangga kelima selepas seri 1-1 dengan Guingamp dan Troyes melangkah keluar dari zon penyingkir­an dengan kemenangan 1-0 ke atas Metz.

Diafra Sakho menjaringk­an gol liga pertama beliau untuk Rennes selepas perpindaha­n dari West Ham pada bulan Januari ketika seri 2-2 di Caen.

Juara bertahan, Monaco, menewaskan Dijon 4-0 pada perlawanan hari Jumaat dengan Pietro Pellegri mengatasi rekod Kylian Mbappe sebagai pemain paling muda dalam sejarah kelab.

 ??  ?? CAVANI
CAVANI
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia