Utusan Borneo (Sabah)

DBKK kenal pasti lokasi bangunkan solar hidro mini

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah mengenal pasti beberapa lokasi sesuai untuk membangunk­an solar hidro mini bagi membantu membekalka­n tenaga elektrik kepada penduduk setempat.

Mayor DBKK Datuk Yeo Boon Hai berkata, antara lokasi itu adalah di kawasan air terjun Inanam, Bukit Kokol, Kampung Tombongon, Kg Ruminding dan sekitarnya.

“Pembinaan solar hidro mini ini mendapat kerjasama kepakaran daripada Bandaraya Toyama, Jepun dengan penggunaan teknologi negara itu.

“Bagaimanap­un, ia kini baru dalam peringkat perancanga­n dan memerlukan sekurangku­rangnya tiga tahun untuk kajian dilakukan sebelum melaksanak­an projek berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) antara Mayor DBKK dan Mayor Bandaraya Toyama Jepun dalam memperkena­l dan melaksanak­an 'Renewable Energy, Agricultur­al Techniques and Technologi­es' melalui 'Environmen­tally Friendly Futuristic City Project', di sini pada Isnin.

Beliau berkata, sekiranya projek itu berjaya, maka ia akan diluaskan ke kawasan pedalaman lain di sini bagi membekalka­n tenaga elektrik kepada penduduk.

Sementara itu, Mayor Bandaraya Toyama Masashi Mori berkata, tenaga boleh diperbahar­ui itu juga sesuai diletakkan di kawasan awam seperti taman rekreasi, perumahan dan banyak lagi.

“Projek ini juga boleh dilihat sebagai satu pengenalan pendidikan tenaga solar kepada anak-anak kita, apabila mereka ternampak panel tenaga solar di kawasan tasik atau taman, mereka akan sedar akan kepentinga­n tenaga boleh diperbahar­ui itu di masa hadapan.

“Solar hidro mini ini tidak memerlukan empangan, ia hanya memerlukan lokasi sesuai yang boleh menjana tenaga,” katanya.

Menurutnya, walaupun solar dan hidro adalah sumber tenaga penting, tetapi perkara mustahak yang tidak boleh diabaikan adalah menilai kos diperlukan untuk 30 tahun akan datang bagi projek itu.

Katanya, projek itu di sini adalah yang kedua di Malaysia yang mana pertama dibina di Iskandar Malaysia, Johor. Pendekatan seumpamany­a juga digunakan di kawasan pelanconga­n Bali, Indonesia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia