Utusan Borneo (Sabah)

Dua laporan polis terhadap anggota parti Warisan Sabah

-

KOTA KINABALU: Dua laporan polis berkaitan sentimen perkauman dibuat terhadap naib presiden dan setiausaha agung Parti Warisan Sabah (Warisan) pada Isnin.

Bagi laporan polis pertama, Setiausaha Politik kepada Menteri Luar, Datuk Jihek Basanu berkata setiausaha agung parti pembangkan­g itu Loretto S. Padua telah membuat laporan polis terhadap Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dengan menuduh menteri itu telah menyampaik­an sebuah ucapan berbaur fitnah dan perkauman.

“Loretto telah memutarbel­itkan ucapan Anifah pada satu majlis makan malam bersama masyarakat Cina kawasan Parlimen Kimanis di sini, 9 Feb lalu.

“Saya telah menghayati ucapan Anifah pada malam itu dan beliau tidak ada menyebut perkauman atau perkara yang sensitif mengenai kaumkaum di Sabah,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Kota Kinabalu, di sini, Isnin.

Jihek berkata beliau membuat laporan polis itu kerana khuatir ucapan Anifah itu disalahert­ikan oleh pembangkan­g dan digunakan untuk menyemarak­kan kebencian dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama.

Pada majlis itu, Anifah berkata rakyat di Sabah perlu mempertaha­nkan negeri ini dengan memastikan kerajaan negeri hanya dipimpin oleh penduduk Sabah asli, tanpa mengira latar belakang kaumnya.

Sementara itu, seorang veteran UMNO Sabah, Abdul Jalil Abdul Ghani membuat laporan polis terhadap Naib Presiden Warisan, Datuk Peter Anthony yang didakwa memainkan sentimen perkauman dan keagamaan ketika berucap pada satu majlis di Matunggong pada 14 Feb lepas.

Rakaman video ucapan Peter itu telah disebarkan melalui laman Facebook, katanya.

Dalam video itu, beliau berkata Peter mempersoal­kan bangsa Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman dan keluargany­a serta tindakan kerajaan melantik Tan Sri Bernard Dompok sebagai duta ke Vatican City.

AbdulJalil­berkataPet­erjuga cuba membangkit semangat prejudis dalam kalangan masyarakat Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus kononnya masyarakat itu tidak melalui prosedur yang betul dalam memohon Projek Perumahan Rakyat Termiskin ketika presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjadi menteri kabinet.

“Saya minta polis menyiasat tindakan Datuk Peter mencetuska­n kebencian perkauman dan keagamaan. Ini satu permainan bahaya.

“Saya buat laporan polis agar tiada parti politik di Sabah atau di mana sahaja di Malaysia memainkan sentimen perkauman dan keagamaan,” katanya. Bernama

Basanu dan Abdul Jalil bersama sebahagian penyokong ketika membuat laporan di Ibu Pekabat Polis Daerah di Karamunsin­g pada Isnin.

 ?? Gambar oleh JAMES TSEU ?? TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (depan kiri) bersama Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman (kanan) menghadiri sesi Taklimat Persediaan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 bagi Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis...
Gambar oleh JAMES TSEU TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (depan kiri) bersama Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman (kanan) menghadiri sesi Taklimat Persediaan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 bagi Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis...
 ??  ?? JIHEK
JIHEK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia