Utusan Borneo (Sabah)

Tangguh bina jejambat

Laluan Papar-Benoni-Beaufort tidak sesuai buat masa ini

- Oleh JOHN TAMBANAN

PAPAR: Kerajaan diminta menimbangk­an untuk menangguh rancangan membina jejambat di sepanjang jalan raya PaparBenon­i-Beaufort, sebagai sebahagian projek mega Lebuhraya Pan Borneo, memandangk­an ia tidak sesuai buat masa ini.

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Johnny Mositun berkata pembinaan jejambat itu akan memberi impak kepada pertumbuha­n perniagaan di Pusat Komersil Benoni (BCC) serta aktiviti perniagaan di daerah ini.

Beliau menjelaska­n bahawa jejambat itu akan menyebabka­n pengunjung akan terus memandu dan terlepas pandang kepada BCC, tanpa berhenti di pusat komersil berkenaan.

“Jejambat ini baik untuk rakyat tetapi tidak kepada masyarakat peniaga di Benoni (pusat komersil),” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan dapat mempertimb­angkan untuk menangguh rancangan membina jejambat itu dan sebaliknya, mendirikan lampu trafik di kawasan bulatan berkenaan.

“Kita menghargai dan berterima kasih kepada Perdana Menteri dan Ketua Menteri atas pelaksanaa­n Lebuh Raya Pan Borneo,” katanya ketika merasmikan sambutan Tahun Baharu Cina BCC di sini pada Ahad.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan WSG Datuk Susan Wong berkata, ekonomi di Papar baru bermula berkembang tetapi pembinaan jejambat akan memberi impak kepada perniagaan tempatan.

Katanya, jejambat itu akan memberi impak laluan ke Papar dan BCC dan pengunjung sudah tentu akan terus menuju ke Kota Kinabalu.

Dalam pada itu, beliau berkata kini adalah masa terbaik untuk melabur dalam hartanah.

Katanya, BCC terletak di lokasi strategik sepanjang Lebuhraya Pan Borneo, yang dijangka siap pada 2019, dan apabila lebuhraya itu siap, harga BCC akan meningkat dan memberi pulangan yang baik kepada pelabur.

“Sesiapa yang berminat untukmelab­urdalamhar­tanah maka sekarang ini adalah masanya untuk merebut peluang mendapatka­n rumah kedai di BCC,” katanya.

Susan berkata, fasa pertama dan kedua BCC telah mendapat sijil menduduki (OC), manakala hanya sedkit unit boleh didapati untuk fasa tiga.

Katanya, BCC hanya 3 kilometer dari Pekan Papar dan tertetak tidak jauh dari Sekolah Menengah Papar.

BCC mempunyai 177 unit bangunan dua dan tiga tingkat lot kedai. Dua fasa pertama telahpun dijual serta dimiliki dan hanya 10 daripada 48 unit di fasa tiga masih boleh didapati.

Setiap unit untuk fasa ketiga berharga RM1.2 juta dan dijangka siap pada pertengaha­n 2018.

“Jejambat ini baik untuk rakyat tetapi tidak kepada masyarakat peniaga di Benoni (pusat ” komersil). DATUK JOHNNY MOSITUN

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah

Katanya, Servay Hypermarke­t dan KFC juga dijangka akan berada di BCC bulan depan.

Susan berkata, pembanguna­n masa depan pusat komersil itu termasuk hotel 11 tingkat dengan 250 bilik dan pusat beli-belah.

Sementara itu, Susan berkata Apartmen Taman Benoni merangkumi menara kediaman 13 tingkat dengan 115 unit di setiap blok.

Terdapat tiga jenis unit untuk pilihan, iaitu 560, 900 atau 1,000 kaki persegi.

Katanya, unit studio 500 kaki persegi berharga RM190,000 ke atas, manakala unit 900 dan 1,000 kaki persegi berharga RM250,000 ke atas.

Turut hadir, Pengarah Kumpulan WGS Datuk Wong Tem An, Vanessa Wong, Melissa Wong dan Jonathan Wong.

 ??  ?? MOSITUN (empat dari kiri), Susan (empat dari kanan) dan Wong (lima dari kanan) menerima skrol daripada mulut singa. Turut kelihatan Vanessa, Melissa dan Jonathan (kanan).
MOSITUN (empat dari kiri), Susan (empat dari kanan) dan Wong (lima dari kanan) menerima skrol daripada mulut singa. Turut kelihatan Vanessa, Melissa dan Jonathan (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia