Utusan Borneo (Sabah)

APM Sandakan buka pengambila­n anggota baharu

- Oleh SALMAN ABADI

SANDAKAN: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah Sandakan, Kinabatang­an, Telupid dan Beluran akan mengadakan Kempen Pengambila­n Anggota Angkatan Pertahanan Awam (ASPA) bagi tahun 2018.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sandakan Kapt (PA) Ahmad Roslan Mohd Kamel berkata orang ramai yang berminatda­nmemenuhis­yarat yang ditetapkan dipelawa memohon menggunaka­n borang permohonan melalui laman web: www. civildefen­ce.gov.my.

Katanya, orang ramai juga boleh mendapatka­n borang permohonan di Pejabat APM Daerah Sandakan di Tingkat 7 Wisma Persekutua­n Sandakan (089-667826), Pejabat APM Daerah Kinabatang­an (089-551231) atau Pejabat APM Daerah Telupid (089521161).

Menurutnya, lima syarat pengambila­n bagi anggota baharu APM ialah pemohon mestilah warganegar­a Malaysia, berumur antara 18 hingga 45 tahun, sihat tubuh badan dan tiada kecacatan fizikal.

Selain itu, pemohon hendaklah boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia, manakala pesara tentera dan polis juga dialualuka­n untuk memohon.

Ahmad Roslanmenj­elaskan, calon yang terpilih bakal menikmati beberapa kemudahan yang disediakan termasukla­h bayaran rawatan terkurang di hospital kerajaan, elaun berkhidmat, pakaian seragam percuma dan mengikuti latihan dan kursus bersiri dari semasa ke semasa.

“Orang awam terutama mereka yang yang berminat adalah dipelawa memohon menyertai pasukan APM untuk memberi khidmat kepada masyarakat semasa kecemasan atau bencana,” katanya.

 ??  ?? AHMAD
AHMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia