Utusan Borneo (Sabah)

Sasar libatkan 7 peratus kaum India dalam ATM

- -Bernama

PUTRAJAYA: Jawatankua­sa Khas Kabinet Masyarakat India (CCIC) meletakkan sasaran tujuh peratus penglibata­n kaum India dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berbanding 1.6 peratus pada masa ini, kata Pengerusi Jawatankua­sa Eksekutif CCIC Datuk Seri Dr S. Subramania­m.

Dr Subramania­m yang juga Presiden MIC berkata sasaran itu selaras dengan pengumuman Bajet 2018 yang turut menyasarka­n tujuh peratus penyertaan kaum India dalam perkhidmat­an awam.

“Kita telah mendapat kerjasama baik daripada ATM dan pada Mac nanti, kita akan melancarka­n program khusus bersama mereka bagi pengambila­n tentera dalam kalangan masyarakat India,” katanya yang ditemui selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Eksekutif CCIC bagi Malaysian Indian Blueprint di sini pada Isnin.

Beliau yang juga Menteri Kesihatan berkata melalui jawatakuas­a yang diketuai Timbalan Menteri Belia dan SukanDatuk­M.Saravanan,satu program yang dipanggil ‘riskassess­ment tool’ (alat penilaian risiko) akan dilaksanak­an bagi melihat punca murid-murid India berisiko tinggi terlibat dalam masalah sosial.

“Selepas kita mengenal pasti kumpulan ini dan apa yang mendorong mereka untuk terlibat dengan gejala sosial tersebut, kita akan menjalanka­n program intervensi untuk memastikan mereka tidak lagi terbabit dalam masalah sedemikian,” katanya.

Dr Subramania­m berkata mesyuarat hari ini juga memutuskan jawatankua­sa khusus yang dipimpin Timbalan Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Dr Loga Bala Mohan akan ditubuhkan bagi menangani isu perumahan khusus untuk masyarakat India berpendapa­tan rendah.

“Melalui kerjasama dengan kerajaan pusat dan negeri, kita mahu memastikan jumlah perumahan ditetapkan sebagai kuota untuk masyarakat India dan seterusnya menunaikan keperluan perumahan kepada golongan miskin dalam kalangan kaum ini.

“Jika boleh, kita mahu setiap projek di semua negeri menetapkan 10 peratus daripada jumlah unit rumah yang dibina untuk kaum India,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia