Utusan Borneo (Sabah)

BN yakin kekalkan kerusi Nabawan

-

NABAWAN: Upko tidak boleh berpuas hati tetapi terus bekerja keras untuk memastikan parti itu akan membantu Barisan Nasional (BN) mengekalka­n kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nabawan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pemangku Presiden Upko Datuk Seri Madius Tangau berkata Upko juga perlu menetapkan tekad untuk bekerjasam­a sepenuhnya dengan gabungan itu supaya BN akan memenangi semua kerusi, termasuk Nabawan di Parlimen Pensiangan.

“Jangan ambil mudah pilihan raya yang akan datang, (walaupun petunjuk positif) kita tidak boleh berpuas hati.

“Kitamestit­erusbekerj­akeras kerana kita mahu menang,” katanya semasa merasmikan majlis muhibah jentera pilihan raya Upko Nabawan di Kelab Dewan Belia, di sini.

Madius yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata dengan pilihan raya yang semakin dekat, tidak ada dua cara mengenainy­a tetapi semua orang harus komited sepenuhnya.

“Apa yang kita perlukan adalah ahli yang berkualiti, kita mesti mengelakka­n mereka yang mempunyai keahlian multi-parti,” katanya.

Beliau berkata pada pilihan rayayangla­lu,Upkomempun­yai keahlian berdaftar kira-kira 6,000 daripada 12,900 pengundi berdaftar di sini tetapi selepas keputusan akhir diumumkan, penyandang Datuk Bobbey Ah Fang Suan hanya berjaya meraih 3,816 undi.

Bobbey menang dengan majoriti 342 undi sahaja menentang PKR yang mendapat 3,474 undi manakala Star dan calon bebas meraih 351 undi.

Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran berkata, kerjasama berpasukan antara semua parti komponen BN di sini adalah penting.

“Kita tidak boleh menang sendiri, kita akan menang besar kecuali kita mempunyai kerjasama yang kuat dengan parti komponen lain,” katanya sambil menambah, Upko perlu memupuk hubungan yang lebih baik dengan semua komponen BN.

Beliau berkata, jentera parti harus turun ke bawah dan menjelaska­n kepada akar umbi mengenai dasar kerajaan dan program pembanguna­nnya untuk rakyat.

Menurutnya, jentera itu harus mengutarak­an kesedaran tentang Nabawan setelah mengalami transforma­si yang luar biasa.

“Tetapi fakta-fakta ini telah diputar belit oleh pembangkan­g, jadi akar umbi mesti diberi maklumat yang tepat mengenai perkara itu,” katanya.

Madius yakin dengan semangat Upko sekarang, BN akan menang besar di sini.

Turut hadir, Pengarah Pemilihan Upko Tan Sri Wences Anggang, Ketua Upko Pensiangan Datuk Bobbey Ah Fang Suan, ahli majlis tertinggi dan pemimpin Upko Nabawan.

 ??  ?? MADIUS, Bobbey dan Wences serta pemimpin dan ahli Upko Nabawan melaungkan slogan `Uppppkoo’.
MADIUS, Bobbey dan Wences serta pemimpin dan ahli Upko Nabawan melaungkan slogan `Uppppkoo’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia