Utusan Borneo (Sabah)

Penyertaan Abidin dalam Upko mantapkan sokongan parti

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Keputusan mantan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Abidin Madingkir menyertai Pertubuhan Pasokmomog­un Kadazandus­un Murut Bersatu (Upko) memantapka­n lagi parti itu di Parlimen Ranau.

Anak kelahiran Ranau yang juga berkelulus­an undang-undang itu berkata, penyertaan­nya dalam Upko adalah keputusan ikhlas dan jujur tanpa mengharapk­an imbalan atau kemudahan daripada mana-mana pihak, sebaliknya ingin berkhidmat kepada parti dan rakyat selepas bersara daripada berkhidmat selama 40 tahun dalam pelbagai kementeria­n dan jabatan kerajaan.

“Penyertaan saya dalam Upko tiada niat untuk merebut atau mengambil alih ruang dan peluang mana-mana pihak, lebih-lebih lagi untuk memegang apa-apa jawatan dalam parti atau menjadi calon pilihan raya.

“Sebaliknya, saya ikhlas membantu memantapka­n perjuangan parti,” katanya ketika berucap pada Majlis Santai Mesra Bersama Penduduk di Dewan Mini Kg Bongkud-Namaus di sini.

Abidin berkata, perjuangan memantapka­n parti Upko adalah tugas semua ahli dan bukan terletak di bahu para pemimpin sahaja.

Katanya sesiapa pun yang diletakkan oleh pucuk pimpinan parti sebagai calon pada PRU akan datang hendaklah diberi sokongan padu.

“Soal agama dan umur calon kita ketepikan, sebaliknya ketokohan memimpin dan kelayakan bertanding serta sihat tubuh badan calon Barisan Nasional (BN) itu yang utama.

“Perkara ini telah berulang kali saya nyatakan dalam setiap kunjungan saya ke kampungkam­pung ketika menghadiri Majlis Santai Mesra Bersama penduduk yang bertujuan mengeratka­n silaturahi­m dan perpaduan dengan mereka,” katanya yang juga pengerusi Biro Perjawatan Upko Pusat dan penolong bendahari Jentera PRU14 DUN Paginatan.

Turut hadir di majlis itu ialah Ketua Kampung Bongkud Bindang Mantakag, Ketua Kampung Namaus Maitin Gadus dan Pengerusi JKKK Namaus Galuing Lapat.

 ??  ?? SEBAHAGIAN penduduk Kg Bongkud-Namaus merakam gambar kenangan bersama Abidin, Bindang dan tetamu yang lain.
SEBAHAGIAN penduduk Kg Bongkud-Namaus merakam gambar kenangan bersama Abidin, Bindang dan tetamu yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia