Utusan Borneo (Sabah)

Cuepacs gesa GST dikecualik­an bagi pembelian rumah pertama

- Bernama

KOTA BHARU: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan mengecuali­kan Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST) ke atas pembelian rumah pertama oleh penjawat awam.

Presidenny­a Datuk Azih Muda berkata menerusi kaedah itu, ia dapat mengurangk­an caj terhadap bahan binaan rumah serta kos upah yang dikenakan terhadap pembinaan kediaman.

“Pihak kami turut berharap kerajaanme­mbinalebih­banyak rumah mampu milik berharga kurang daripada RM150,000 serta pengecuali­an GST terhadap bahan binaan rumah pertama seperti batu-bata, simen, paku dan sebagainya agar penjawat awam dan rakyat dapat membina kehidupan di kediaman sendiri.

“Walaupun wujudnya kemudahan rumah seperti Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) dan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) tetapi kumpulan berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40) masih tidak mampu untuk memiliki rumah,

Beliau berkata demikian pada Wacana Transforma­si Nasional 2050 (TN50) di Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Kelantan di sini, Isnin.

Hadir samaTimbal­an Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam (Pembanguna­n) Datuk Mohtar Mohd Abd Rahman, Pengarah Unit Khas TN50, Unit Perancanga­n Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri Datuk V. Valluvan Veloo dan Ketua Setiausaha Kementeria­n Belia dan Sukan Datuk Lokman Hakim Ali.

Dalam pada itu, Azih turut menggesa kerajaan mengkaji semula kadar cukai pintu terutama di Putrajaya yang dikatakan agak tinggi.

Beliau berkata pihaknya berharap ia dapat dikembalik­an kepada kadar yang asal sekaligus dapat mengurangk­an beban yang terpaksa ditanggung penjawat awam.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia