Utusan Borneo (Sabah)

120 hadiri pelancaran Program Patrol Denggi

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Kira-kira 120 orang terdiri daripada guru dan murid SK Lahad Datu II menghadiri pelancaran Program Patrol Denggi dan Pemberian Sumbangan dengan usahasama Perbadanan Pinjaman Sabah (PPS) di sekolah berkenaan.

Penyelia Hal Ehwal Murid Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu Ninang Kong Kong dalam ucapannya berkata, program denggi bertujuan mendidik dan menyemai nilai tanggungja­wab dalam diri kanak-kanak agar memahami risiko denggi dan bagaimana menanganin­ya.

Katanya, program itu juga bertujuan memperkasa muridmurid yang mudah terdedah kepada risiko denggi dengan mengambil langkah proaktif dalam pencegahan serta sebagai duta berpengaru­h kepada rakan sebaya seterusnya di dalam komuniti mereka dengan meningkatk­an ilmu tentang kesedaran denggi.

“Saya yakin warga pendidik serta murid-murid di sekolah ini boleh melakukann­ya dengan adanya PIBG sekolah yang sentiasa memberi sokongan dan berdiri teguh bersamasam­a menempuh suka duka dalam apa juga program yang dilaksanak­an oleh pihak sekolah,” katanya.

Menurutnya perkara itu telah terbukti dengan kemenangan pentadbira­n program 3K peringkat negeri dan seterusnya peringkat kebangsaan pada 2017.

Justeru, beliau berharap agar sokongan daripada semua pihak dapat menjayakan program seumpama itu, sama ada melalui laman Facebook, Twitter atau Youtube.

“Semoga kemenangan masih memihak pada kita pada tahun ini, mudah-mudahan,” katanya.

Hadir sama pada program itu ialah Ketua Unit Pengurusan Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu Aisyah Hj Hassan, Guru Besar Mynah Hj Relay, YDP PIBG Hj Mahil Kamaruddin dan kakitangan PPS.

Sementara itu, Pengurus Cawangan PPS Lahad Datu Euphrasia Christe Majalang Lusoc berkata, PPS yang merupakan badan berkanun di bawah kerajaan negeri Sabah bukanlah satu organisasi yang berorienta­sikan keuntungan semata-mata.

“Ia juga merupakan organisasi yang memandang serius pada tanggungja­wab sosial korporat (CSR) yang berfokus kepada golongan kanak-kanak terutamany­a di kawasan pedalaman, golongan yang kurang upaya dan ibu tunggal atau wanita,” katanya.

Jelasnya, 10 peratus daripada keuntungan tahunan digunakan untuk melaksanak­an CSR dan sehingga hari ini, projek CSR yang telah diluluskan dan dilaksanak­an di seluruh Sabah adalah sebanyak 170 projek yang bernilai RM31 juta setakat hari ini.

Euphrasia memberitah­u, pihaknya juga telah melaksanak­an dua projek CSR di Lahad Datu iaitu Bangunan PusatPembe­lajaranPRI­DEbagi Persatuan Orang-orang Pekak Sabah dan Bangunan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti yang bernilai RM492,200.

“Selain itu, terdapat juga programCSR­minitahuna­nyang dijalankan secara menyeluruh di seluruh cawangan PPS khusus kepada pelajar sekolah rendah. Pada tahun lalu, beg sekolah diagihkan kepada para pelajar yang kurang berkemampu­an bagi sekolah-sekolah rendah sekitar daerah ini.

“Pada tahun ini, kita akan melaksanak­an pengagihan baju hujan kepada semua pelajar khususnya di kawasan pedalaman dan juga kepada pelajar yang berjalan kaki di kawasan bandar. Semoga sumbangan yang diberikan dapat membantu dalam pembelajar­an para pelajar semasa pergi dan balik sekolah,” katanya.

Pihaknya juga akan turun padang bagi menyampaik­an sumbangan seumpamany­a kepada 43 sekolah rendah sekitar daerah ini secara berperingk­at.

 ??  ?? EUPHRASIA berucap pada program berkenaan.
EUPHRASIA berucap pada program berkenaan.
 ??  ?? EUPHRASIA (depan, dua dari kiri) merakam gambar bersama warga SK Lahad Datu dan tetamu yang hadir.
EUPHRASIA (depan, dua dari kiri) merakam gambar bersama warga SK Lahad Datu dan tetamu yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia