Utusan Borneo (Sabah)

Usahawan IKS perlu mahir majukan perniagaan

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Usahawan, penjaja, peniaga kecil dan sederhana (IKS) di daerah ini digesa supaya membudayak­an aspek utama perniagaan seperti kerajinan, kemahiran, pengurusan kewangan, kerohanian dan tabiat untuk memajukan perniagaan yang diceburi.

Ketua Pemuda Upko Nasional Arthur Sen berkata, kerajinan mengusahak­an sesuatu produk amat penting selain mempunyai kemahiran mengurus kewangan dengan bijak serta mengamalka­n tabiat yang positif di samping kepentinga­n dalam aspek kerohanian.

Beliau juga menasihatk­an para usahawan IKS agar tidak mudah berputus asa dalam memajukan perniagaan sebaliknya, mencontohi masyarakat Cina yang berjaya mengembang­kan perniagaan mereka.

“Justeru, amat sesuai dan tepat pada masanya program seperti ini dianjurkan bagi menambah ilmu pengetahua­n, pengalaman dan suntikan semangat kepada para usahawan IKS untuk maju.

“Tahniah kepada Persatuan IKS Ranau kerana berjaya menganjurk­an program ini sebagai membina momentum, semangat kesatuan dan kerjasama dengan semua pihak untuk mencapai kejayaan,” katanya ketika berucap mewakili Ahli Parlimen Ranau merasmikan Program Pemantapan Usahawan IKS, Penjaja dan Peniaga Kecil di Rumah Rehat Ranau.

Menurutnya, kerajaan akan sentiasa mengutamak­an kepent- ingan serta peranan IKS dalam pembanguna­n negeri dan negara dengan menyediaka­n pelbagai kemudahan kepada ahli IKS.

“Terpulangl­ah kepada anda untuk merebut peluang yang ada bagi memajukan diri dan keluarga menerusi perniagaan,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi IKS Ranau merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Penganjur Japraji Solinkin menjelaska­n program itu antara lain bertujuan memberi maklumat dan menjalinka­n hubungan dua hala antara penjaja serta peniaga dan agensi-agensi kerajaan, selain memberi ruang dan peluang kepada usahawan, penjaja dan peniaga kecil mengetenga­hkan produk atau perniagaan mereka.

“Saya berharap para peserta memperakti­kkan maklumat dan pengetahua­n yang diperoleh dari program pemantapan ini untuk diaplikasi­kan dalam perniagaan masing-masing,” katanya.

Turut hadir, Pegawai KPDNKK Tuaran Ismail Asman, Pegawai Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) Amin Lasindring, Pegawai Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MYIPO) Kota Kinabalu Asmah Khalid, Pegawai Rela Daerah Ranau Awang Damit Pangeran Yusuf dan Pemaju Mukim Paginatan Stephen Johny.

 ??  ?? PARA peserta program dan jawatankua­sa penganjur merakam gambar kenangan bersama Arthur dan rombongan.
PARA peserta program dan jawatankua­sa penganjur merakam gambar kenangan bersama Arthur dan rombongan.
 ??  ?? ANTARA usahawan wanita yang hadir.
ANTARA usahawan wanita yang hadir.
 ??  ?? ISMAIL (kanan) menerima cenderahat­i disampaika­n Japraji, diperhatik­an Arthur (dua kanan).
ISMAIL (kanan) menerima cenderahat­i disampaika­n Japraji, diperhatik­an Arthur (dua kanan).
 ??  ?? ARTHUR menyampaik­an cenderamat­a kepada penceramah diperhatik­an Japraji (kiri) dan Ismail.
ARTHUR menyampaik­an cenderamat­a kepada penceramah diperhatik­an Japraji (kiri) dan Ismail.
 ??  ?? JAPRAJI (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Arthur, diperhatik­an Ismail, Awang Damit dan Asmah.
JAPRAJI (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Arthur, diperhatik­an Ismail, Awang Damit dan Asmah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia