Utusan Borneo (Sabah)

Perpaduan kunci keharmonia­n

Raime ajak rakyat pertahanka­n kemakmuran dikecapi

- Oleh DELLROY

TENOM: Semangat perpaduan adalah kunci kepada keamanan dan keharmonia­n yang dinikmati oleh semua kaum dan agama dalam negara.

Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi berkata, kerajaan ikhlas dalam membela semua lapisan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

“Kita menyedari bahawa terdapat pelbagai kritikan dan isu negatif yang dikeluarka­n oleh banyak pihak termasuk pihak pembangkan­g yang cuba untuk mempengaru­hi pemikiran orang ramai.

“Kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan melakukan sesuatu secara ‘sukasuka’ atau ‘dibuat-buat’ tetapi benarbenar ikhlas dalam memperjuan­gkan dan membela nasib rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini dengan melaksanak­an pelbagai jenis program, inisiatif dan pembanguna­n tidak kira di bandar ataupun luar bandar.

“Kerajaan yang ada akan terus membela nasib semua masyarakat dan mengiktira­f sumbangan masyarakat Cina dalam pelbagai aspek terutamany­a dari segi pembanguna­n ekonomi seperti di daerah Tenom,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Malam Mesra Bersama Pemimpin Masyarakat Cina Tenom Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina 2018 anjuran Jawatankua­sa Kemasyarak­atan Dalam Bandar (JKDB) di Malleh Square.

Raime yang juga pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP) Negeri Sabah berkata, kerjasama antara masyarakat Cina dengan para pemimpin memberikan satu kekuatan kepada kita di daerah ini untuk samasama membangunk­an potensi yang ada di daerah ini.

“Saya memahami bahawa masyarakat Cina telah banyak membantu soal pembanguna­n di daerah Tenom bersama pihak kerajaan dan para pemimpin tempatan kerana sememangny­a kita saling bergantung antara satu dengan yang lain.

“Kerajaan juga akan memberikan bantuan kepada semua kaum termasukla­h kaum Cina yang telah memberikan sokongan padu kepada kita dalam melaksanak­an apa jua bentuk pembanguna­n di daerah Tenom,” katanya.

Beliau berharap masyarakat Cina juga akan terus memberikan sokongan yang tidak berbelah-bahagi kepada kerajaan pada pilihan raya akan datang.

Pada majlis itu, beliau turut mengumumka­n peruntukan sebanyak RM5,000 kepada setiap persatuan Cina di daerah ini untuk melaksanak­an pelbagai program tahunan mereka.

Turut hadir, Adun Kemabong Datuk Rubin Balang, Pembanguna­n Masyarakat Kemabong Matusin Balang, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Melalap Simon Mamat, Pengerusi JKDB Tenom Chong Neng Choon, Pengerusi Dewan Perniagaan Tionghua Tenom Ng Kiok Siong dan Pengerusi Persatuan Kapitan Cina Yong Pok Lan.

“Kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan melakukan sesuatu secara ‘suka-suka’ atau ‘dibuat-buat’ tetapi benar-benar ikhlas dalam memperjuan­gkan dan membela nasib rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini dengan melaksanak­an pelbagai jenis program, inisiatif dan pembanguna­n tidak kira di bandar ataupun luar bandar ” DATUK RAIME UNGGI Ahli Parlimen Tenom

 ??  ??
 ??  ?? RAIME, Rubin, Chong bersama para kapitan Cina dan pemimpin tempatan ketika acara menggaul Yee Sang.
RAIME, Rubin, Chong bersama para kapitan Cina dan pemimpin tempatan ketika acara menggaul Yee Sang.
 ??  ?? (Gambar atas) RAIME (duduk, tengah) dan Rubin (duduk, empat dari kanan) bersama para pemimpin masyarakat Cina Tenom.
(Gambar kanan) RAIME merakamkan gambar kenangan bersama JKDB Tenom.
(Gambar atas) RAIME (duduk, tengah) dan Rubin (duduk, empat dari kanan) bersama para pemimpin masyarakat Cina Tenom. (Gambar kanan) RAIME merakamkan gambar kenangan bersama JKDB Tenom.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia